Monday 17 February 2014

Program Transisi Tahun 1 2014


Program Transisi Prasekolah ke Tahun 1 merupakan program yang akan dilaksanakan setiap tahun pada awal persekolahan Tahun Satu selama tiga minggu. Program ini dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi daripada pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah mahupun di tadika ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Dengan itu, program transisi ini dapat membantu kanak-kanak yang baru masuk sekolah menghadapi perubahan tersebut. Di samping itu, program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosioekonomi yang berbeza dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu dengan tahap pencapaian yang hampir sama.

OBJEKTIF:

1. Kesinambungan pembelajaran di tadika atau prasekolah ke Tahun Satu dapat dicapai.
2. Dapat memudahkan dan mempercepatkan murid-murid yang datang daripada pelbagai latar belakang bergaul antara satu sama lain.
3. Dapat memudahkan dan mempercepatkan murid-murid mengenali guru-guru dan rakan-rakan.
4. Dapat memudahkan murid-murid menyesuaikan diri dengan masa, keadaan dan persekitaran sekolah.
5. Dapat memudahkan murid-murid bersedia untuk mmemulakan proses pembelajaran secara formal menerusi Program Transisi.
6. Dapat memudahkan kesinambungan pembelajaran daripada pendidikan tidak formal ke pendidikan formal dijalankan.
7. Dapat membina keyakinan murid-murid untuk menghadapi pembelajaran yang lebih formal.
8. Dapat memudahkan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
9. Dapat membantu guru menilai kemajuan murid secara berterusan dan menyeluruh.
10. Dapat meningkatkan minat, semangat dan kecenderungan murid-murid untuk datang ke sekolah dan belajar tanpa menimbulkan masalah yang besar.

In progressing...... 

UPACARA PEMBUKAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2014

IBUBAPA MEMBALUT BUKU TEKS ANAK MASING-MASING

SESI ICE-BREAKING DI DALAM KELAS

ACARA SENAMROBIK YANG DI KETUAI GURU KELAS TAHUN 1

ACARA SUKANEKA TAHUN 1 MENGIKUT KUMPULAN

UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH & MAJLIS PENUTUP YANG DISEMPURNAKAN
OLEH PK HEM, PN.CAROLAN BANDING

 Semoga Program Transisi Tahun 1 2014 ini memberi impak yang positif kepada murid-murid tersebut. Diharapkan merekalah yang akan menjadi pemangkin generasi akan datang yang lebih berjaya dan cemerlang.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Guru-guru juga amat diharapkan dapat memberi tunjuk ajar yang baik, memberi ilmu dengan sepenuh hati kerana ini lah permulaan yang baru bagi mereka yang baru sahaja melangkah ke alam persekolahan.


-by ADMIN




No comments:

Post a Comment