Saturday 21 July 2012

Didenda RM2,000 akibat menumbuk guru besar hingga cedera



Posted on 
February 17, 2012, Friday
Sumber: The Borneo Post

KOTA KINABALU: Gara-gara marah anaknya tidak terpilih mengikuti tarian sempena Hari Kemerdekaan, seorang pesara penjawat awam didenda RM2,000 atau empat bulan penjara di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan mencederakan seorang guru besar.
Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhkan hukuman itu terhadap Lim Teck Sin, 48, selepas mengaku bersalah.

Thursday 12 July 2012

Senamrobik 1murid 1sukan 1Malaysia

Pendaftaran Peserta
Ucapan Guru Besar
Persembahan Pasukan Sorak Sekolah

Sesi Senaman

Staf Meluan 
Senamrobik

Sunday 8 July 2012

Meluan Juara Lagi!


Pada 27 - 28 Jun 2012, SK Nanga Meluan telah menghantar para atlet untuk menyertai Kejohanan Balapan dan Padang Pembangunan MSSR Peringkat Zon Julau di Pakan.
Kontijen SK Ng Meluan

Kehebatan SK Ng. Meluan terus terserlah dalam kejohanan tersebut apabila sekali lagi merangkul gelaran Johan Keseluruhan setelah melakukannya pada edisi tahun lepas.



Pasukan SK Ng. Meluan telah menghantar 28 orang atlet (murid) dan berjaya membawa pulang 11 pingat emas, 10 perak dan 3 pingat gangsa untuk mengumpul 169 mata keseluruhan.Tempat kedua dimenangi oleh SK Nanga Luau dengan 105 mata dan tempat ketiga SK St. Alphonsus dengan 97 mata.
Guru Besar SK Ng. Lasi,
En. John Yewseng
menyampaikan hadiah kepada pemenang


Kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Pakan, Sarikei tersebut menyaksikan penguasaan sepenuhnya oleh SK Nanga Meluan apabila berjaya merangkul anugerah Johan Keseluruhan bagi Kategori Lelaki dan Perempuan. Malah, SK Nanga Meluan berjaya menggondol anugerah Olahragawan dan Olahragawati melalui dua orang atlet iaitu adik Peter Diman anak Miskin dan adik Desiree Mayang anak Johnny. 
Olahragawan dan Olahragawati 

Adik Peter Diman berjaya mengutip 3 emas dan 1 perak. Manakala adik Desiree Mayang berjaya mengutip 3 emas dan perak. Malah, adik Desiree Mayang juga telah berjaya memecah rekod kejohanan dan rekod daerah Julau dalam acara lompat jauh dengan catatan lompatan 3.95 meter. 
Atlet Meluan yang
 mewakili Zon Julau

Kejayaan pada temasya tersebut melayakkan seramai 12 orang atlet dari SK Nanga Meluan telah terpilih mewakili Zon Julau ke Kejohanan Balapan dan Padang Pembangunan Peringkat Daerah. Menurut ketua jurulatih, Encik Dominic Chungat, beliau sangat berpuas hati dengan pencapaian para atlet. Malah, beliau menyasarkan separuh daripada atlet yang terpilih mewakili Zon Julau akan dipilih pula untuk mewakili Daerah Julau ke Kejohanan Balapan dan Padang Pembangunan Peringkat Bahagian di Sarikei. 


Tuesday 3 July 2012

Sambutan Hari Guru 2012 Peringkat Sekolah


Ucapan Perasmian oleh Guru Besar
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Nanga Meluan, telah diadakan pada 2 Julai 2012 (Isnin). Walaupun disambut lewat berbanding tarikh asal pada 16 Mei yang lalu, namun sambutannya tetap meriah. Kelewatan sambutan tersebut adalah atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan serta bertembung dengan pelbagai aktiviti dan acara lain.

Sesi Bergambar
Murid-murid dan para guru telah berkumpul di Dewan Besar SK Nanga Meluan sejak awal pagi. Pada pukul 8.00 pagi, ketibaan para jemputan yang terdiri daripada YDP PIBG Puan Ensuna, dan para ibu bapa yang turut hadir ke majlis sambutan pada hari tersebut. Majlis bermula dengan ucapan Wakil Murid SK Nanga Meluan, adik Jennifer ak David yang mewakili semua murid untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru kerana telah mendidik mereka selama ini. 
Bacaan Ikrar Guru
Persembahan Murid

Aktiviti Senamrobik 
Majlis diteruskan dengan bacaan perutusan Menteri Pelajaran dan Pengarah Pelajaran oleh Encik Dominic dan En. Mohamad Munib. Majlis sambutan pada hari tersebut diteruskan lagi dengan ucapan daripada Guru Besar yang seterusnya merasmikan sambutan Hari Guru 2012. Upacara memotong Kek Hari Guru telah menjadi tanda simbolik perasmian pada hari tersebut. Kemudian, para guru melafazkan ikrar Guru yang dipimpin oleh Penolong Kanan 1, Encik Talang ak Sabang. Sebagai bukti guru yang bersemangat tinggi, para guru SK Nanga Meluan kemudiannya dengan penuh bertenaga dan keghairahan telah menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan lagu tema Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi Pendidikan Negara.
Sambutan pada hari tersebut juga turut dimeriahkan lagi dengan beberapa persembahan oleh murid-murid daripada Kelab Kebudayaan Sekolah. Majlis sambutan secara rasmi pada pada pagi tersebut berakhir selepas sesi bergambar oleh para guru.

Memotong Kek Hari Guru
Sukaneka
Sukaneka
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Nanga Meluan 2012 tidak berakhir di situ sahaja. Seterusnya acara senamrobik dan sukaneka pula berlangsung. Acara senamrobik telah diadakan di Dewan Besar manakala acara sukaneka diadakan di gelanggang Komuniti Serbaguna Meluan. Pelbagai acara telah diadakan seperti mencari duit dalam tepung, lari membawa bola dicelah kaki, futsal, lari itik, pancing botol, tinju dan sebagainya. Majlis sambutan pada hari tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang telah memenangi acara sukaneka. Johan keseluruhan bagi sukaneka pada hari tersebut ialah kumpulan Penunggu Lubok Lajung FC yang diketuai oleh En. Helly Anjie ak. Lagon.