Tuesday, 26 August 2014

GEMPURU SILIK LINUS

Masa: 0800 - 2100
Tarikh:19 - 21 Ogos 2014
Tempoh masa : 3 hari
Tempat : SK Ng Meluan

SK Nanga Meluan telah dipilih menjadi tuan rumah untuk pelaksanaan Program Gempuru Silik Linus 2.0. Program ini dirancang dan dilaksanakan untuk membantu murid-murid yang masih tidak menguasai konstruk dalam literasi, numerasi (LINUS) dan literasi Bahasa Inggeris (LBI) selepas saringan 1. Program ini merupakan salah satu daripada program intervensi khas LINUS Pejabat Pendidikan Daerah Julau untuk mencapai KPI LINUS 2.0 yang akan dijalankan secara berpusat.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

1.  Sebagai program sokongan untuk mencapai keberkesanan program LINUS
2. Untuk menambahkan bilangan murid yang menguasai K1-K12 dalam LINUS dan LBI.
3.   Mensasarkan pencapaian yang lebi baik dalam LINUS 2.

SASARAN

Murid Tahun 1 hingga Tahun 3 yang tidak mengguasai konstruk 1-12 dalm LINUS dan
LBI.

PENGLIBATAN

1.  Seramai 7orang FasiLINUS daripada 7 buah sekolah terlibat iaitu dari SK Saint Alphonsus, SK Nanga Luau, SK Nanga Lasi, SK Nanga Entabai,SK Nanga Merurun, SK Nanga Kelangas dan SK Nanga Meluan.
2.  Guru LINUS dan Guru Pemulihan sekolah terlibat.
3.  Murid Tahun 1 dan Tahun 2 untuk LBI.
4.  Murid Tahun 1- Tahun 3 untuk yang tidak menguasai LINUS dan LBI.

PELAKSANAAN

Peserta dibahagi mengikut kumpulan Literasi, Numerasi dan Bahasa Inggeris dan akan diberi tunjuk ajar oleh Fasilitator yang terdiri daripada Guru Pemulihan. Murid diberi motivasi, bimbingan dan pemudah cara bagi meningkatkan pengtahuan dan penguasaan dalam setiap konstruk.












KARNIVAL PRA SEKOLAH

Masa: 0800 pagi  - 1800 petang
Tarikh: 18 Ogos 2014
Tempat: SK Nanga Meluan
Penglibatan: Murid-murid Pra Sekolah zon Julau

Karnival Pra Sekolah diadakan dengan tujuan membina keyakinan murid pra sekolah untuk berkomunikasi, membina hubungan sihat melalui kegiatan berbentuk rekreasi kesukanan. Selain itu dengan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam karnival pra sekolah ini, murid secara langsung dapat meningkatkan lagi sahsiah diri selain turut mengembangkan keupayaan psikomotor dan psikososial dalam diri mereka.

Pemeriksaan Gigi

Program Kesihatan 2014
Pemeriksaan Kesihatan Gigi.

Para petugas kesihatan bahagian pergigian telah menjalankan pemeriksaan gigi setiap murid di SK Nanga Meluan. Pelbagai ragam ditunjukkan oleh murid-murid. SK Nanga Meluan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pegawai pemeriksa yang sudi meluangkan masa bukan sahaja untuk memeriksa mutu penjagaan gigi para murid malahan membantu memberi nasihat berkaitan penjagaan gigi kepada murid-murid.



Thursday, 24 July 2014

KEM MOTIVASI TAHUN 6

PROGRAM: KEM MOTIVASI TAHUN 6
MASA : 0600 - 2100
HARI: ISNIN - JUMAAT
TARIKH: 14 - 18 JULAI 2014

SK Nanga Meluan telah mengadakan sebuah kem motivasi untuk murid Tahun 6. Program bertujuan menambahkan semangat untuk murid terus belajar dalam mencapai yang terbaik untuk UPSR pada tahun ini.






Friday, 4 July 2014

Sukan Pembangunan Zon Julau di Kompleks Sukan Pakan

Tarikh: 25 - 26 Jun 2014/ Rabu hingga  Khamis
Aktiviti: Olahraga dan Balapan
Bilangan Atlit dari SK Nanga Meluan:  29 orang.
Keputusan/ Pencapaian: Johan Keseluruhan, Olahragawan Bawah 11 dan 10 TAHUN

SK Ng Meluan telah menjuarai kejohanan ini selama 4 tahun berturut-turut. Bilangan emas bertambah pada tahun ini daripada 12 kepada 14 emas. TAHNIAH kepada para atlit yang berjaya menjadi johan. Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi dan jangan putus asa. Semoga kejayaan ini berterusan pada masa akan datang.

Pada hari Rabu juga SK Nanga Meluan turut mengajurkan pertandingan Bintang Kecil Zon Julau dan menjuarai emas bagi penyanyi wanita manakala naib johan bagi penyanyi lelaki. Tahniah adik Billy dan adik Angelina Anggil.

MELUAN BOLEH!!!





Dari kiri duduk: Adik Edwin ( Olahragawan 11 TKB), adik Randi Gawing (Olahragawan 10TKB), adik Billy ( Naib Johan Bintang Kecil) dan adik Anggil (Johan Bintang Kecil Zon Julau)

12 orang atlit telah terpilih mewakili zon Julau ke peringkat daerah. Semoga memperolah kemajuan dan kejayaan berterusan.
12 orang atlit terpilih meneruskan rentak kemenangan dalam daerah Julau.




Sunday, 29 June 2014

Program Kesedaran Pembelajaran
Menghantar murid ke Agape Centre , Sibu
Tarikh: 27 Mei 2014
Masa: 0800 pagi
Hari : Selasa

Atas inisiatif pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Julau, Guru Pemulihan SK Nanga Meluan telah diminta untuk menghantar 2 orang murid dari sekolah ini ke Agape Centre di Sibu bagi mengesan masalah pembelajaran yang di hadapi. Bukan sahaja SK Nanga Meluan, malahan sekolah-sekolah lain dalam daerah Julau turut menghantar murid mereka yang mengalami siutasi yang sama. Murid dari sekolah Meluan tersebut ialah :

1. Denis Anak Bangga - Tahun 1 
2. Velintino Sigo Anak Vincent - Tahun 3

Murid-murid ini turut ditemani ibu dan nenek mereka sebagai individu yang dilihat sentiasa bersama dan rapat dengan mereka.

Murid berkenaan di beri set ujian tertentu bagi melihat aras keupayaan mereka dalam sesuatu kemahiran.
Syukur semua berjalan lancar dan murid dihantar pulang ke rumah pada jam 3 petang.








Mantar Gawai

Majlis  : Sambutan Pra Gawai / Makan malam PIBG SK Nanga Meluan
Masa   : 7.00 petang - 10.00 malam
Hari     : Isnin
Tarikh  : 26 Mei 2014

SK Nanga Meluan telah mengadakan majlis sambutan Pra Gawai / makan malam PIBG pada hari Isnin. 
Kemeriahan suasana sambutan Pra Gawai telah dirasai semenjak hujung minggu dengan aktiviti sukaneka, menyumpit dan bertandak. Gerai kecil-kecilan di buka seperti gerai cenderamata, gerai makanan ringan, gerai minuman dan gerai panggang. 






Sunday, 18 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2014




Tarikh    : 16 Mei 2014
Hari       : Jumaat
Tempat  : Dewan Besar SK Ng Meluan
Tokoh guru: Encik Raymond, Puan Penny dan Encik Roziman







SK Ng Meluan menyambut Hari Guru serentak dengan sambutan peringkat kebangsaan. Sekolah menjemput bekas guru yang pernah berkhidmat satu ketika dulu sambil meraikan guru-guru yang sedang berkhidmat ketika ini. Sambutan dibuat dengan secara sederhana namun meriah dan penuh muhibbah. Beberapa acara menjadi simbolik antaranya semua guru berjalan beriringan masuk ke dewan sambil dipakaikan rosette oleh para pengawas. Acara bertukar hadiah dan potong kek turut menjadi amalan dan akan menjadi tradisi sepanjang zaman. SELAMAT HARI GURU...TERIMA KASIH CIKGU!!!

Guru disambut dengan rosette dan senyuman
Guru Besar memulakan langkah keraian

Cuba teka apa yang kurang?
Guru veteran diraikan 
Ucapan ketua murid : Adik Maxwell Sengiang


Saturday, 17 May 2014

Peperiksaan Akhir Penggal 1 (PKBS) dan Pra UPSR 2 9 - 15 Mei 2014

Tarikh : 9 - 15 Mei 2014
Masa : 7:45 - 1220 a.m.
Tempat: SK Nanga Meluan
Penglibatan: Tahun 1- Tahun 6

Peperiksaan mengambil masa selama 1 minggu yang berlangsung di dewan besar dan kelas. Terima kasih atas kerjasama semua menjayakan peperiksaan kali ini.


 



Kempen Membaca 10 Minit Bersama-sama

Tarikh: 24 April 2014
Hari   : Khamis
Masa : 10:00 a.m. - 10:10 a.m.

Pihak sekolah sepakat mengadakan kempen 10 minit baca buku. Seluruh warga sekolah menjayakan program ini. Terima kasih warga SK Nanga Meluan.
10 minit membaca









Hari Pemuafakatan Ibu Bapa Tahun 6 & Mesyuarat PIBG 2014

Pada 25 April 2014,hari Jumaat, satu program pemuafakatan antara guru dengan ibu bapa/ penjaga murid Tahun 6 telah dijalankan. Selain itu pada hari yang sama, Mesyuarat Agung PIBG turut mengambil tempat di SK Nanga Meluan.Pemuafakatan bertujuan memberi penjelasan mengenai pencapaian, isu dan permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 6 serta langkah-langkah yang boleh diambil sebagai jalan penyelesaian. Melalui Mesyuarat PIBG pula, pihak sekolah bersama ibu bapa dapat mencari kata sepakat untuk memajukan sekolah dalam aspek akademik dan bukan akademik.

Ibu bapa berkumpul di dalam dewan

Exco PIBG dengan data dan bahan laporan

Mendengar dengan penuh perhatian

Bersama anak dan sekolah mencapai kejayaan

Sesi belum bermula, guru tunggu penuh semangat

Apa jua keadaan, kita maju bersama

Friday, 25 April 2014

Kem Motivasi Tahun 6 / 2014

SK Nanga Meluan mengadakan kem motivasi peringkat pertama bagi mengekalkan semangat dan momentum murid Tahun 6 untuk terus belajar bersungguh-sungguh. Penceramah motivasi di jemput khas dari SK Saint Alphonsus, Julau. Puan Mastijah merupakan guru Kaunseling di sekolah beliau. Beliau di jemput untuk memberi motivasi sebagai langkah awal mengekalkan momentum murid dalam belajar bersungguh-sungguh.  Berikut di lampirkan sedikit gambar semasa program tersebut dijalankan.