Saturday 23 February 2013

LAPORAN ACARA PEMILIHAN PASUKAN BOLA JARING DAN BADMINTON ZON JULAU 2013.


 Pada 21 Februari 2013 yang lalu, SK Nanga Meluan, Julau telah menganjurkan aktiviti pemilihan pasukan untuk mewakili Zon Julau dalam pertandingan Bola Jaring dan Badminton di Kejohanan Peringkat Daerah Julau nanti.
Seawal pukul 0700 pagi, guru-guru dan kakitangan SK Nanga Meluan, sudah sibuk melakukan persiapan terakhir di Gelanggang Serbaguna dan di Dewan Besar yang menjadi medan acara pada hari tersebut. Rombongan peserta mula tiba di SK Nanga Meluan sekitar pukul 7.40 pagi. Setelah kesemua peserta tiba, acara pun dimulakan iaitu sekitar pukul 0820 pagi.
Jamuan Tengah hari
Pasukan Meluan bersama jurulatih
Mesyuarat Pegawai Pertandingan

Terdapat dua acara yang diadakan pada hari tersebut iaitu acara bola jaring (perempuan sahaja) dan badminton (lelaki dan perempuan). Bagi acara bola jaring, terdapat 6 pasukan yang menghantar wakil iaitu SK Nanga Serau, SK Nanga
Merurun, SK Ulu Sungai Naman, SK St. Alphonsus dan SK Nanga Meluan. Manakala bagi acara Badminton, hanya tiga buah sekolah yang mengambil bahagian iaitu SK Nanga Meluan, SK St. Alphonsus dan SK Nanga Luau.
Add caption
Acara pada hari tersebut dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Guru Besar SK Nanga Meluan, Encik Thomas Legak selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur. Kemudian, acara senamrobik diadakan dengan penuh meriah di Dewan Besar SK Nanga Meluan yang disertai oleh semua pegawai, guru pengiring dan para peserta.
Kedua-dua acara itu telah diadakan serentak. Acara bola jaring telah diadakan di Gelanggang Serbaguna Meluan manakala acara badminton diadakan di Dewan Besar SK Nanga Meluan.
Keadaan cuaca yang baik  pada hari itu membolehkan acara berjalan dengan lancar. Walaupun cuaca agak panas pada waktu tengah hari, namun para peserta tetap mempamerkan menunjukkan semangat kesukanan dan semangat juang yang tinggi.
Acara yang bermula sekitar pukul 0900 pagi itu berhenti rehat sekitar pukul 12.00 tengah hari. Semua peserta dan guru pengiring kemudiannya disaji dengan jamuan tengah hari di Dewan Makan SK Nanga Meluan.
Kejohanan bersambung semula pada pukul 01.30 petang. Acara selesai sekitar pukul 03.30 bagi acara badminton manakal bagi acara bola jaring, acara selesai setengah jam kemudian.
Pasukan Zon julau
Acara penutupan terus dijalankan sebaik sahaja kesemua acara tamat sekitar pukul 04.00 petang. Pada majlis penutupan, acara penyampaian pingat dan hadiah disampaikan kepada para pemenang. Kejohanan bola jaring pada hari tersebut telah dimenangi oleh pasukan SK Nanga Serau. Manakala bagi Badminton, juara perseorangan lelaki dimenangi oleh peserta dari SK Nanga Luau, perseorangan perempuan dan beregu lelaki dimenangi oleh peserta SK Nanga Meluan, manakala bagi acara beregu perempuan dimenangi oleh SK Saint Alphonsus. Pihak urussetia juga mengumumkan senarai murid yang terpilih untuk mewakili Zon Julau bagi kedua-dua acara.
Smash Berapi daripada Magdelina
Majlis pada hari tersebut tidak berakhir di situ sahaja. Sebaik sahaja selesai upacara penutupan, semua pegawai, guru pengiring dan peserta sekali lagi mengadakan aktiviti senamrobik. Kemudian, satu majlis jamuan dan barbeku diadakan sebagai tanda sambutan atas kejayaan penganjuran aktiviti pada hari tersebut. Majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara guru-guru dan murid-murid yang terlibat pada hari tersebut.
Bagi warga SK Nanga Meluan selaku penganjur, walaupun kurang menyerlah dalam acara bola baling, namun kehampaan itu terubat sedikit apabila seorang adik Rani Mukherjee telah dipilih untuk menyertai pasukan yang akan mewakili Zon Julau ke pertandingan peringkat Daerah Julau. Bagi acara badminton pula, pasukan Meluan yang berjaya menjuarai dua kategori pula memastikan 3 orang murid akan mewakili Zon Julau.
Akhir sekali, walaupun para guru dan murid-murid agak kepenatan selepas acara ini selesai, namun kepuasan jelas terpancar di wajah mereka semua kerana gembira dengan kejayaan penganjuran acara pada hari tersebut khususnya bagi warga SK Nanga Meluan.

Disediakan Oleh,
    Thadeus Timbang Anjie Wandi     .  
(Ketua Jurulatih Meluan)

No comments:

Post a Comment