LINUS

PENGENALAN

LINUS adalah singkatan daripada perkataan Literacy and Numeracy Screening. Ianya merupakan antara program utama di bawah sub-NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain daripada LINUS, program sub-NKRA lain di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ialah Pra Sekolah, Bai’ah dan Sekolah Berprestasi Tinggi. Di bawah program LINUS ini, Kementerian Pelajaran Malaysia menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas Literasi dan Numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Program LINUS ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah, iaitu Kohort Pertama.
Bagi menjayakan program ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah diamanahkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah Literasi dan Numerasi di kalangan murid sekolah rendah. Numerasi membawa erti operasi asas matematik yang digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asas mengira serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasi pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian. Kandungan program Numerasi telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan murid mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan. Literasi pula membawa erti keupayaan murid untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Konsep membaca Literasi ialah membunyikan simbol manakala bagi menulis ialah untuk memindahkan makna kepada simbol.


Adalah menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2010, peratusan murid yang dapat menguasai Literasi dan Numerasi ialah seramai 90%, dan ia meningkat kepada 95% pada tahun 2011, mencapai angka 100% pada tahun 2012.






PROGRAM PEMBANGUNAN LINUS
SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA MELUAN

Dalam usaha mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian, SK Nanga Meluan berusaha untuk merancang dan menjalankan beberapa projek. Projek tersebut ialah:


PROJEK YANG DIJALANKAN:
1.     Keceriaan kelas Tahun 1 dan Tahun 2.
2.    Pembangunan Sudut LINUS
3.    Bengkel Pembangunan Media Mengajar LINUS.


Objektif projek 1:
Keceriaan Kelas Tahun 1 dan Tahun 2
1.     Meningkatkan mutu keceriaan dan memberi motivasi kepada para murid untuk belajar dalam keadaan yang selesa.
2.    Menambahkan suasana kondusif kepada guru dan murid-murid.


Objektif projek 2:
pembangunan sudut LINUS
1.     Menyiarkan maklumat terkini serta perkembangan program LINUS di sekolah.
2.    Menjadikan setiap guru peka terhadap perkembangan murid sejak daripada awal persekolahan.
3.    Membantu mempertingkat kepekaan dan cakna guru terhadap masalah pembelajaran murid.



Objektif projek 3:
Bengkel Pembangunan Media Mengajar LINUS
1.     Meningkatkan kualiti p&p di dalam kelas.
2.    Mengopti makan keberkesanan penyampaian kandungan pengajaran.
3.    Memupuk kerjasama dalam membangunkan media pengajaran yang proaktif dan produktif.
4.    Memberi peluang kepada murid untuk belajar secara kendiri dengan bantuan bahan media yang dibina.
5.    Menyuburkan lagi minda murid dengan adanya bahan media yang dihasilkan secara menarik, kreatif dan inovatif.


Kumpulan sasaran:
Sasaranbagi program pembangunan LINUS SK Nanga Meluanialahsemuamurid yang mendudukitahun 1 dantahun 2.


Jawatankuasa kerja
Program Pembangunan LINUS


Pengerusi:
Encik Jerita anak Gara

TimbalanPengerusi 1:
EncikTalang anak Sabang

NaibPengerusi: 1:
Puan Carol ananak Banding

NaibPengerusi: 2:
Encik Juna anak Jelani

Setiausaha:
Puan Penny Kristy anak Kutok

PenolongSetiausaha:
Puan Christy Betty anak Jugah

AhliJawatankuasa:
Encik Osman bin Anuar (Guru Literasi)
Encik Raymond anak David Mawi (Guru Numerasi)
Encik Mohamad Munib b. Mohamad Soleh (Guru Pemulihan Khas)
Encik Roziman bin Wahap (Guru PraSekolah)



BELANJAWAN

Tujuanbelanjawan:
Pembelian bahan bantu mengajar dan bahan pembinaan alat bantu mengajar serta bahan sudut-sudut LINUS.

Sasaran :Murid Linus (Tahun 1 dan 2), Murid Linus Tegar (Tahun 1 dan 2) dan Sudut LINUS dalam Tahun 1, Tahun 2 danBilik Guru.

Anggaranbelanjawan:
Bil
PerihalBarang
Kuantiti
AnggaranHarga(RM)
Jumlah (RM)
1.
BukuBesar [Ekspress Membaca Mengikut Suku Kata (4T)]
3 set
50.00 satu set
150.00
2.
3 ´ 4 Cork Board (90cm ´ 120cm)
1 unit
192.00 seunit
192.00
3.
Counting Frame
20 unit
4.90 seunit
98.00
4.
Yosogo 550 White Board Marker
3 dozen
21.60 sedozen
64.80
5.
Papermate 22g Glue Stick
12 unit
4.90 seunit
58.80
6.
Pocket File 10’s/pkt
5 set
6.90 satu set
34.50
7.
Huruf Abjad Plastik Set (LG-EA-22)
1 set
140.00 satu set
140.00
8.
Laminating Film
2 kotak
RM94.90 sekotak
189.80
9.
Kertas Fotostat 80gsm      (1 rim=500 helai) Saiz A4
23 rim 
RM12.50 serim
287.50
10.
Kertas Warna (Light) 75-80gsm (1 rim=500 helai) Saiz A4
3 rim
RM20.40 serim
61.20
11.
Kertas Warna (Dark) 75-80gsm (1 rim=500 helai) Saiz A4
5 rim
RM21.80 serim
109.00
JumlahKeseluruhan
1385.60

No comments:

Post a Comment

Post a Comment