Friday 18 May 2012

Hanya Satu Persinggahan (Ekamatra)

Helikopter

Murid Tahun Dua 2012

Bergambar bersama artis Hailey copter
Auntie-auntie Meluan
Today (18 Mei 2012) dua buah Heli anjie Helicopter telah singgah mendarat di Padang Bola Sepak & Gelanggang Futsal SK Nanga Meluan. 






Kedua-duanya digunakan sempena lawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal ke sebuah rumah
panjang di Nanga Entabai Julau pada 18hb Mei 2012. Walaupun sebahagian besar warga SK Nanga Meluan (Guru, AKS dan murid) tidak sempat melihat kelibat menteri berkenaan, namun kelukaan hati terubat juga dengan peluang bergambar dengan dua helicopter tersebut yang popularitinya seolah-olah artis terkenal..

Friday 11 May 2012

Membaiki Sumber Air (Air Paip Pancur Graviti)

Al Kisah..di sebuah sekolah...
Kerja membaiki paip
Sebagai sebuah sekolah yang terletak di kawasan pedalaman, SK Nanga Meluan tidak mempunyai bekalan air paip seperti sekolah-sekolah di bandar. Oleh itu, SK Nanga Meluan mencari cara alternatif untuk membekalkan sumber air kepada lebih kurang 270 warganya (240 orang murid dan 30 orang guru dan AKS sekolah). Caranya ialah melalui bekalan air secara pancur graviti. Sebuah sungai kecil yang mengalir dari atas bukit telah diempang untuk dijadikan kawasan tadahan.
Memasak Siau/Manok Pansuh
Kemudian, saluran paip dipasang dan dibina dari kawasan empangan ini ke kawasan sekolah yang jaraknya berkilo-kilo meter. Kerja-kerja mengukur belum dilakukan oleh jabatan tanah dan ukur Julau. Jaraknya lebih kurang 2 Kilometer kot. Kerja-kerja pemasangan dan penyambungan saluran paip ini dilakukan secara gotong-royong yang melibatkan penduduk rumah panjang sekitar Nanga meluan sejak _______ (tak tau bila) yang lalu. Dengan adanya bekalan air ini, ia telah memudahkan warga SK Nanga Meluan untuk menjalani kehidupan harian seperti biasa. Namun, kadang-kadang bekalan air ini menghadapi masalah kesihatan. Oleh itu, para doktor dari SK Nanga Meluan akan turun untuk merawat penyakit sumber air ini.
Duduk bersantai di Telaga Kumang
Setiap kali berlaku masalah terhadap bekalan air daripada paip pancur graviti sekolah, sepasukan guru dan AKS SK Nanga Meluan akan bergegas turun untuk mencari punca masalah seterusnya membaiki kerosakan tersebut. Masalah biasanya berlaku setiap kali hujan turun dengan lebat. Hujan yang lebat dan turun dalam jangka waktu yang lama menyebabkan saluran paip tersumbat kerana batu-batu kecil dan sederhana besar masuk ke dalam saluran paip. Masalah air juga berlaku kerana sambungan paip terputus.
Makan Di kawasan air terjun
Manaiki perahu
Beginilah rutin guru-guru dan AKS SK Nanga Meluan setiap kali berlaku masalah kepada bekalan air sekolah.  Selepas sesi persekolahan, para guru dan AKS akan pergi bertolak dengan menaiki sampan milik Encik David (jaga sekolah). Perjalanan ke tempat empangan mengambil masa lebih kurang satu jam termasuk 30 minit berjalan kaki dari tebing sungai ke kawasan empangan yang terletak di atas bukit.  Setelah siap kerja membaiki  segala kerosakan, para “doktor” ini akan berhenti berehat untuk makan sambil berkelah di kawasan air terjun yang terletak di tengah-tengah laluan ke kawasan empangan.
Walaupun kerja-kerja membaiki paip ini meletihkan, namun para guru dan AKS yang terlibat tidak pernah mengeluh. Sebaliknya, rasa tanggungjawab dan peluang berkelah di Telaga kumang melebihi segalanya. Sekian.



 *p/s : air sumber kehidupan.