Wednesday 26 September 2012

Pertandingan Karaoke Lagu Iban Terbuka

SK Nanga Meluan akan menganjurkan Pertandingan Karaoke Terbuka Lagu Iban 2012. Maklumat tentang pertandingan tersebut adalah seperti di bawah.

Tarikh   : 2 November 2012
Tempat : Dewan Besar SK Nanga Meluan, Julau.
Masa    : 7.00 Malam


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1.            Yuran penyertaan RM15 dikenakan dan dibayar semasa menghantar borang penyertaan yang sudah lengkap diisi.
2.            Dua kategori dipertandingkan dan dinilai secara berasingan iaitu kategori LELAKI dan kategori PEREMPUAN.
3.            Hanya lagu SOLO dipertandingkan.
4.            Peserta hanya menyanyikan sebuah lagu sahaja.
5.            Peserta diminta menyediakan VCD/DVD (minus one) sendiri.
6.            Peserta harus menggunakan pakaian yang kemas dan sesuai.
7.            Borang dan yuran penyertaan hendaklah dihantar pada atau sebelum 31 Oktober 2012 (Rabu).
8.            Aspek pemarkahan adalah seperti berikut:
a)     Vokal                      = 40 markah
b)     Tempo                    = 30 markah
c)     Persembahan       = 20 markah
d)     Pakaian                 = 10 markah
Jumlah                   = 100 markah

9.            Cabut undi dan taklimat akan diadakan pada hari pertandingan ( 2 November 2012)  pada pukul 5:30 petang dan peserta harus menghantar VCD/DVD pada masa tersebut. Peserta dinasihatkan supaya tidak menggunakan VCD/DVD yang rosak/scratch kerana mungkin akan mempengaruhi pemarkahan.
10.        Keputusan hakim adalah muktamad. 


Untuk sebarang pertanyaan dan Borang penyertaan, sila berhubung terus dengan:
1. Encik Juna anak Jelani
2. Encik David anak Chakat (Apai Damai)

Sila Click Untuk Download Borang Penyertaan.

* Segala perubahan dan pindaan tentang pertandingan akan dimaklumkan kemudian.

Saturday 22 September 2012

Kurikulum baru mulai 2016

KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara.
Kurikulum baru akan dirangka supaya ia mampu melonjak
 sistem pendidikan negara termasuk dengan mengambil kira
perkembangan teknologi dan global. - Gambar hiasan
Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.

Berita SPPPBS Sekolah Rendah

    1. Dimaklumkan bahawa SPPBS telah beroperasi di hosting baharu dan membaca data APDM secara live.
- Lembaga Peperiksaan & Bahagian Pengurusan Maklumat-

Friday 21 September 2012

Gotong-Royong


Kawasan Tanaman Ubi
Kawasan Tanaman Tebu
 Aktiviti Gotong-rotong menebas belukar dan semak samun yang menenggelami keindahan tebing sungai Kanowit telah dijalankan pada hari Khamis 20 September 2012. Aktiviti yang bermula pada pukul 02.30 petang itu disertai oleh Guru-guru dan AKS SK Nanga Meluan. Aktiviti sukarela ini dijalankan setiap tahun dan merupakan aktivti tahunan sekolah. Aktiviti ini bertujuan untuk menjadikan persekitaran sekolah sebagai tempat yang selamat dan bersih daripada segala punca penyakit khususnya untuk menghapus kawasan pembiakan nyamuk aedes yang menjadi punca demam denggi.
Kawasan Pucuk Paku
Parang Sakti


Thursday 20 September 2012

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2012


Majlis Sambutan Kemerdekaan ke-55 Peringkat Sekolah SK Nanga Meluan telah ditutup dengan rasminya pada 20 September 2012 (Khamis). Acara yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu dengan rasminya ditutup oleh Guru Besar SK Nanga Meluan, Encik Jerita anak Gara.
Ucapan Guru Besar
Acara pada hari tersebut telah diserikan dengan pelbagai acara pertandingan seperti Pertandingan Koir Merdeka dan Pakaian Beragam Merdeka.

Juara Pakaian Beragam






Berikut merupakan aturcara Majlis Penutupan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah SK Nanga Meluan..
0830      – Murid berkumpul di Dewan Besar Sekolah
0900      – Ketibaan semua guru dan staf
0910      – Nyanyian Lagu Negaraku
0915      – Ucapan Penutupan Guru Besar
Tugu Merdeka
                - Persembahan Nyanyian
                - Pertandingan Koir
                - Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster
1020      - Rehat/ Jamuan
1030      - Persembahan Nyanyian 2
1100      -  Pertandingan Pakaian Beragam
1140      - Penyampaian Hadiah Kelas Patriotik dam Koir
                - Persembahan Nyanyian
                - Penyampaian Hadiah Pakaian Beragam
1230      - Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku
                - Bersurai

Majlis pada hari tersebut telah dijayakan dengan meriahnya hasil usaha semua guru dan kakitangan SK Nanga Meluan yang sporting lagi berdedikasi bak burung pipit membina sarangnya dipucuk pokok bunga raya. Sikap sebegini sejajar dengan moto SK Meluan, Meluan Terbang Tinggi..Sekian.
Peserta Pakaian Beragam
Pertandingan Koir


Johan Kelas Patriotik
Pasukan Juara Koir







      

Wednesday 12 September 2012

Dua Fokus Utama Tranformasi KPM


DUA bidang utama akan difokuskan dalam proses transformasi Kementerian Pelajaran bagi merealisasi aspirasi untuk meningkatkan akses, kualiti, ekuiti, perpaduan serta keberkesanan sistem pendidikan negara.
Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menyebut, kementerian akan memperkukuh sistem penyampaian untuk memastikan pelaksanaan dasar yang lebih baik.
Ia menuntut penetapan semula peranan dan fungsi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan memberikan lebih kuasa membuat keputusan serta keluwesan dan sikap tanggungjawab dalam menjalankan tugas.
Menerusi bidang kedua pula, kementerian akan menambah baik produktiviti sumber dengan memberi tumpuan utama kepada keberhasilan murid dan memperuntukkan sumber kepada inisiatif yang mempunyai pulangan atas pelaburan (ROI) yang tinggi.

11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. 

Thursday 6 September 2012

Majlis Sembahyang Tahun 6

TARIKH : 6 OGOS 2012
TEMPAT : DEWAN BESAR SK NG. MELUAN
MASA : 7.00 - 10.00 MALAM

Guru Besar menyampaikan ucapan di hadapan ibubapa yang hadir

Father Idai menyampaikan ucapan

Majlis Sembahyang

Sesi Menjamu Selera

Murid-murid Tahun 6

Wednesday 5 September 2012

SOAL SELIDIK KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN PBS (SEKOLAH RENDAH)


Tuan/Puan, Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat kesediaan guru melaksanakan PBS. Dapatan soal selidik ini dapat membantu KPM merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS. Semua guru yang mengajar Tahun 1, 2 dan 3 WAJIB menjawab SEMUA item yang terkandung dalam soal selidik ini dengan jujur dan ikhlas. Segala maklumat yang tuan/puan berikan adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan yang dinyatakan di atas. Kerjasama tuan/puan melengkapkan soal selidik amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. PENGARAH PEPERIKSAAN Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Laman Web Soal Selidik (sila klik)

SALAH SATU CONTOH MASALAH DAN CADANGAN GURU

MASALAH DIHADAPI
1. Masalah capaian internet sangat lemah (pedalaman)
2. Penyediaan evidens/instrumen Pentaksiran.
3. Terlalu banyak masa dihabiskan untuk PBS sehingga proses Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) dan tugas lain terabai.
4. Masalah Pengurusan Fail - eviden terlalu banyak dan masalah penyimpanan fail.
5. Masalah bagi mencetak instrumen yang banyak (terutama sekolah pedalaman yang tiada kemudahan mesin cetak)
6 dan banyak lagi.

CADANGAN
1. Pertingkatkan kelajuan internet di Sekolah Pedalaman kerana guru di Pedalaman sukar untuk ke bandar.
2. Instrumen Pentaksiran disediakan oleh pihak Kementerian atau Jabatan sendiri supaya tahap pentaksiran seragam dan mempunyai standard yang sama di semua sekolah.
3. Wujudkan satu jawatan khas (bukan guru) bagi pengurusan fail dan Sistem PBS di semua sekolah untuk membantu guru-guru.
4.dan banyak lagi.