Monday 30 April 2012

Hari Pemuafakatan Bersama Ibu Bapa Murid Tahun 5 dan Tahun 6

Tarikh: 28 April 2012 (Sabtu)
Tempat: Dewan Besar SK Nanga Meluan
Peserta:  Ibu bapa dan Murid Tahun 5 dan Tahun 6
Objektif:
1. Mendedahkan kepada ibu bapa tentang prestasi, potensi dan masalah pembelajaran anak-anak mereka.
2. Menggalakkan sokongan secara langsung daripada ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak.
3. Memupuk kerjasama antara ibu bapa dengan warga sekolah.
4. Memupuk motivasi dalam diri pelajar.






PEMERIKSAAN HFMD


24 APRIL 2012 - Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sarawak meningkat kepada 3,561 hari ini selepas 70 kes baru dilaporkan, kata Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr. Zulkifli Jantan.
Tanda-tanda HFMD
Sebanyak 26 kes baru dicatat di Kuching, Bintulu, Betong, Samarahan dan Sibu (masing-masing enam kes), Limbang, Miri and Mukah (masing-masing empat kes), Sarikei dan Kapit (masing-masing tiga kes) serta Sri Aman (dua kes).
“Jumlah kes baru menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 61 kes yang dilaporkan semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pemeriksaan terhadap pelajar
Jumlah kemasukan ke hospital kini ialah 261 kes dengan dua daripadanya dilaporkan tenat.
Khamis lepas, jabatan itu melaporkan bahawa tiga kes membabitkan pesakit yang tenat, bagaimanapun, keadaan seorang daripada mereka didapati dalam keadaan sederhana. – BERNAMA
Sebahagian daripada pegawai kesihatan yang hadir



Berikutan peningkatan kes tersebut, Klinik Kesihatan Daerah Julau telah mengadakan tindakan segera melakukan pemeriksaan terhadap semua murid SK Nanga Meluan pada 27 April 2012 (Jumaat).
Aktiviti tersebut turut diisi dengan penerangan dan ceramah tentang penyakit tersebut kepada guru dan sebahagian ibu bapa yang hadir.


Program Kesihatan Pergigian

Pada 23 hingga 27 April 2012, Pihak Pergigian dari Jabatan Kesihatan Sarikei telah mengadakan program kesihatan pergigian di SK Nanga Meluan. Program yang diadakan selama seminggu tersebut bertujuan untuk merawat dan memantau tahap kesihatan gigi para pelajar sekolah. Selain itu, matlamat lain program tersebut ialah untuk menyedarkan para pelajar tentang cara penjagaan gigi dan pentingnya penjagaan gigi untuk mengekalkan kesihatan secara keseluruhannya.
Program yang disertai oleh 5 orang pegawai pergigian itu turut mengadakan aktiviti kuiz dan sukaneka bagi para pelajar sebagai salah satu pendekatan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah terhadap penjagaan kesihatan gigi.
Pada hari terakhir program, satu ceramah tentang masalah dan cara penjagaan gigi telah disampaikan oleh Doktor Liong dari Hospital Sarikei.



Pegawai Pergigian Bergambar kenangan Bersama Para Pemenang Acara Sukaneka

Acara Memancing Makanan Sihat

Doktor Liong Menyampaikan Hadiah Kepada Para Pemenang

Sebahagian Ibu Bapa yang Turut Hadir Mendengar Ceramah Pergigian

Doktor Liong Sedang Menyampaikan Ceramah


Sunday 29 April 2012

Bulan Sains Dan Matematik 2012

Pada bulan April 2012, Panitia Sains dan Panitia Matematik telah bekerjasama melancarkan Program Bulan Sains dan Matematik yang diadakan secara serentak selama sebulan. Tema program tersebut ialah "Aritmetik Dan Inovatif". Pelbagai acara telah diadakan antaranya ialah pertandingan rekacipta, pertandingan menghafal sifir, sukaneka bertemakan sains dan matematik, kuiz sains dan matematik serta banyak lagi aktiviti yang telah diadakan sepanjang bulan April tersebut.

Pertandingan "Kapal Terbang Paling Jauh"


Proses Menimbang bagi Acara Teka dan Anggar berat 500gram

Cikgu Carol dan Cikgu Chiew sedang Menimbang Buku [Pertandingan Rekacipta]
Acara Kira Cepat
Guru Besar, Encik Jerita ak Gara Menyampaikan Hadiah Kepada Pemenang.

Bulan Bahasa Malaysia

Bulan Bahasa Malaysia SK Nanga Meluan telah diadakan pada bulan Mac 2012. Sempena pelancaran Bulan Bahasa Malaysia itu, pelbagai aktiviti telah diadakan dengan jayanya oleh Panitia Bahasa Malaysia SK Nanga Meluan. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Pertandingan Kuiz Bahasa, Sehari Sebaris Ayat, Eja Cepat, Pertandingan Bercerita (Tahap 2) dan Membaca Cerita (Tahap 1) dan banyak lagi.
Pertandingan Kuiz Bahasa
Salah seorang peserta pertandingan bercerita

Barisan Hakim Pertandingan
Published on

Monday 2 April 2012