Sunday 8 July 2012

Meluan Juara Lagi!


Pada 27 - 28 Jun 2012, SK Nanga Meluan telah menghantar para atlet untuk menyertai Kejohanan Balapan dan Padang Pembangunan MSSR Peringkat Zon Julau di Pakan.
Kontijen SK Ng Meluan

Kehebatan SK Ng. Meluan terus terserlah dalam kejohanan tersebut apabila sekali lagi merangkul gelaran Johan Keseluruhan setelah melakukannya pada edisi tahun lepas.



Pasukan SK Ng. Meluan telah menghantar 28 orang atlet (murid) dan berjaya membawa pulang 11 pingat emas, 10 perak dan 3 pingat gangsa untuk mengumpul 169 mata keseluruhan.Tempat kedua dimenangi oleh SK Nanga Luau dengan 105 mata dan tempat ketiga SK St. Alphonsus dengan 97 mata.
Guru Besar SK Ng. Lasi,
En. John Yewseng
menyampaikan hadiah kepada pemenang


Kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Pakan, Sarikei tersebut menyaksikan penguasaan sepenuhnya oleh SK Nanga Meluan apabila berjaya merangkul anugerah Johan Keseluruhan bagi Kategori Lelaki dan Perempuan. Malah, SK Nanga Meluan berjaya menggondol anugerah Olahragawan dan Olahragawati melalui dua orang atlet iaitu adik Peter Diman anak Miskin dan adik Desiree Mayang anak Johnny. 
Olahragawan dan Olahragawati 

Adik Peter Diman berjaya mengutip 3 emas dan 1 perak. Manakala adik Desiree Mayang berjaya mengutip 3 emas dan perak. Malah, adik Desiree Mayang juga telah berjaya memecah rekod kejohanan dan rekod daerah Julau dalam acara lompat jauh dengan catatan lompatan 3.95 meter. 
Atlet Meluan yang
 mewakili Zon Julau

Kejayaan pada temasya tersebut melayakkan seramai 12 orang atlet dari SK Nanga Meluan telah terpilih mewakili Zon Julau ke Kejohanan Balapan dan Padang Pembangunan Peringkat Daerah. Menurut ketua jurulatih, Encik Dominic Chungat, beliau sangat berpuas hati dengan pencapaian para atlet. Malah, beliau menyasarkan separuh daripada atlet yang terpilih mewakili Zon Julau akan dipilih pula untuk mewakili Daerah Julau ke Kejohanan Balapan dan Padang Pembangunan Peringkat Bahagian di Sarikei. 


No comments:

Post a Comment