Wednesday 30 January 2013

Jasamu Dikenang

Seri Medan tempat berenang
Ramai orang pergi menjala
Jasamu Tuan tetap dikenang
Zaman berzaman tidak dilupa 

Pantun tersebut membuktikan bahawa segala jasa dan budi baik akan tetap jadi kenangan orang. Begitulah juga dengan jasa dan pengorbanan dua orang guru dari SK Nanga Meluan yang akan menyambung khidmat mereka di sekolah lain akan tetap disimpan sebagai kenangan sepanjang zaman warga Meluan.
Amanat Guru Besar lama
Cikgu Johnny menerima cenderahati dari YPD PIBG
Dua orang guru tersebut ialah Guru Besar, Encik Jerita ak Gara dan Cikgu Johnny ak Blo. Cikgu Jerita ak Gara berpindah ke SK Ulu Sungai Naman, Julau, kerana perkhidmatannya yang cemerlang diperlukan di sekolah berkenaan. Manakala Cikgu Johnny ak Blo pula telah berpindah ke SK Nanga Babai, Pakan. Walaupun sedih, tapi seluruh warga SK Nanga Meluan mengucapkan tahniah kepada Cikgu Johnny kerana telah naik pangkat menjadi Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah berkenaan.
Sebahagian tetamu yang hadir
Acara karaoke
Sebagai tanda penghargaan kepada dua orang guru yang sangat disanjungi ini, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis perpisahan. Walaupun diadakan secara sederhana di Dewan Sekolah SK Nanga Meluan, namun majlis tersebut mewakili satu penghargaan yang sangat besar dan cukup bermakna dari seluruh warga sekolah.

" Patah Tumbuh Hilang Berganti "
Guru Besar baharu En. Thomas
Begitulah perumpamaan peribahasa yang sering kita dengari bila setiap yang pergi pasti ada penggantinya. Perpindahan Guru Besar lama, telah diubati dengan kedatangan Guru Besar baharu iaitu Encik Thomas Legak ak Benjamin Legak. Beliau berpindah dari K St. Alphonsus, Julau bagi menggantikan Cikgu Jerita. Kebetulan dua orang tokoh ini telah bersahabat baik sejak dari bangku persekolahan lagi. Di samping itu, SK Nanga Meluan juga sedang menanti kedatangan seorang lagi guru yang bakal menggantikan Cikgu Johnny.


No comments:

Post a Comment