Pada 3 Mei 2013, Satu Majlis Penyerahan
Bantuan KWAMP dan Tilam dan Bantal 1Malaysia telah disempurnakan oleh Ahli
Parlimen P209 Julau iaitu Dato’ Joseph Salang ak Gandum di Dewan Besar SK Nanga
Meluan.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh para ibu
bapa di beberapa buah panjang di sekitar Nanga Meluan.
Aktiviti yang bermula pada pukul 9.00 pagi itu
menyaksikan sebanyak 180 unit tilam dan 180 unit bantal 1Malaysia telah
diagihkan untuk kegunaan pelajar-pelajar asrama SK Nanga Meluan. Kesemua
bantuan tersebut berjumlah RM40,471.20.
Dato' Joseph Salang menyerah bantal sebagai tanda simbolik kepada salah seorang pelajar |
Dalam majlis itu juga, Dato Joseph Salang
turut mengagihkan bantuan KWAMP bernilai RM200 bagi setiap orang murid yang
layak. Dato Joseph Salang telah mengingatkan para ibu bapa supaya menggunakan
bantuan-bantuan tersebut sebaik mungkin untuk perkembangan pendidikan
anak-anak. Kerajaan juga menurut beliau sedang dan akan berusaha untuk membantu
meningkatkan pendidikan dalam kalangan pelajar khususnya dalam kalangan pelajar
luar bandar. Pelbagai bantuan telah dan akan disalurkan oleh kerajaan melalui
pihak sekolah seperti bantuan susu 1Malaysia, Bantuan Persekolahan RM100,
bantuan E-Kasih, Skim Pinjaman Buku Teks, KWAMP dan pelbagai lagi kemudahan
untuk memajukan pendidikan dalam kalangan pelajar luar bandar. Beliau juga
menasihati para ibu bapa agar mengambil berat tentang pendidikan anak-anak. Ibu
bapa juga harus bersedia untuk bekerjasama dengan pihak sekolah agar segala
program yang dijalankan oleh pihak sekolah berjalan dengan lancar.
Di samping itu, Guru Besar SK Nanga Meluan,
Encik Thomas Legak ak Benjamin Legak mengucapkan penghargaan kepada para ibu
bapa yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak sekolah. Melalui
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sk Nanga Meluan, pelbagai program telah
berjaya dijalankan sepanjang tempoh persekolahan 2013. Kejayaan tersebut hasil
kerjasama yang tidak berbelah bagi para ibu bapa dan pemimpin masyarakat di
sekitar Nanga Meluan kepada pihak sekolah.
Majlis tersebut berakhir sekitar pukul 1.00
tengah hari.
No comments:
Post a Comment