Pada tarikh 19 September 2013 telah diadakan Pertandingan Bercerita
Bahasa Malaysia/Inggeris Tahap 1 & 2 Zon Julau, Sarawak.
Pertandingan dijalankan di Sk. Ulu Sungai Naman.
Antara sekolah yang terlibat dalam pertandingan yang dijalankan ialah Sk. St. Alphonsus, Sk. Ulu Naman, Sk. Nanga Kelangas, Sk. Nanga Lasi, Sk. Nanga Luau, SJK. Yuk Kung, Sk. Nanga Merurun dan Sk. Nanga Meluan.
OBJEKTIF PERTANDINGAN :
* Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan menyakinkan.
*Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan dan karya tradisional
*Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing.
*Meningkatkan kemahiran bertutur dan mendengar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Peserta-peserta Sk. Nanga Meluan bergambar kenangan bersama guru pengiring mereka |
Tahniah diucapkan kepada pemenang, yang kalah cuba lagi di tahun hadapan |
Kiri : Elvelynd Chebe Anak Joo memenangi Tempat Pertama dalam pertandingan bercerita Tahap 1 Kanan : Mirion Linda Anak Tali merangkul Tempat Pertama dalam pertandingan bercerita Tahap 2 |
Abby Aguilera memenangi Tempat Ketiga dalam pertandingan Public Speaking |
No comments:
Post a Comment