Pada 21 Februari 2013 yang lalu, SK Nanga Meluan, Julau telah menganjurkan aktiviti pemilihan pasukan untuk mewakili Zon Julau dalam pertandingan Bola Jaring dan Badminton di Kejohanan Peringkat Daerah Julau nanti.
Seawal pukul 0700 pagi, guru-guru dan kakitangan SK Nanga
Meluan, sudah sibuk melakukan persiapan terakhir di Gelanggang Serbaguna dan di
Dewan Besar yang menjadi medan acara pada hari tersebut. Rombongan peserta mula
tiba di SK Nanga Meluan sekitar pukul 7.40 pagi. Setelah kesemua peserta tiba,
acara pun dimulakan iaitu sekitar pukul 0820 pagi.
Jamuan Tengah hari |
Pasukan Meluan bersama jurulatih |
Mesyuarat Pegawai Pertandingan |
Terdapat dua acara yang diadakan pada hari tersebut iaitu acara bola jaring (perempuan sahaja) dan badminton (lelaki dan perempuan). Bagi acara bola jaring, terdapat 6 pasukan yang menghantar wakil iaitu SK Nanga Serau, SK Nanga
Merurun, SK Ulu Sungai Naman, SK St. Alphonsus dan SK Nanga Meluan. Manakala bagi acara Badminton, hanya tiga buah sekolah yang mengambil bahagian iaitu SK Nanga Meluan, SK St. Alphonsus dan SK Nanga Luau.
Add caption |
Acara pada hari tersebut dimulakan dengan ucapan perasmian
daripada Guru Besar SK Nanga Meluan, Encik Thomas Legak selaku Pengerusi
Jawatankuasa Penganjur. Kemudian, acara senamrobik diadakan dengan penuh meriah
di Dewan Besar SK Nanga Meluan yang disertai oleh semua pegawai, guru pengiring
dan para peserta.
Kedua-dua acara itu telah diadakan serentak. Acara bola
jaring telah diadakan di Gelanggang Serbaguna Meluan manakala acara badminton
diadakan di Dewan Besar SK Nanga Meluan.
Keadaan cuaca yang baik pada hari itu membolehkan acara berjalan
dengan lancar. Walaupun cuaca agak panas pada waktu tengah hari, namun para
peserta tetap mempamerkan menunjukkan semangat kesukanan dan semangat juang
yang tinggi.
Acara yang bermula sekitar pukul 0900 pagi itu berhenti
rehat sekitar pukul 12.00 tengah hari. Semua peserta dan guru pengiring
kemudiannya disaji dengan jamuan tengah hari di Dewan Makan SK Nanga Meluan.
Kejohanan bersambung semula pada pukul 01.30 petang. Acara
selesai sekitar pukul 03.30 bagi acara badminton manakal bagi acara bola
jaring, acara selesai setengah jam kemudian.
Pasukan Zon julau |
Acara penutupan terus dijalankan sebaik sahaja kesemua acara
tamat sekitar pukul 04.00 petang. Pada majlis penutupan, acara penyampaian
pingat dan hadiah disampaikan kepada para pemenang. Kejohanan bola jaring pada
hari tersebut telah dimenangi oleh pasukan SK Nanga Serau. Manakala bagi
Badminton, juara perseorangan lelaki dimenangi oleh peserta dari SK Nanga Luau,
perseorangan perempuan dan beregu lelaki dimenangi oleh peserta SK Nanga
Meluan, manakala bagi acara beregu perempuan dimenangi oleh SK Saint Alphonsus.
Pihak urussetia juga mengumumkan senarai murid yang terpilih untuk mewakili Zon
Julau bagi kedua-dua acara.
Smash Berapi daripada Magdelina |
Majlis pada hari tersebut tidak berakhir di situ sahaja.
Sebaik sahaja selesai upacara penutupan, semua pegawai, guru pengiring dan
peserta sekali lagi mengadakan aktiviti senamrobik. Kemudian, satu majlis
jamuan dan barbeku diadakan sebagai tanda sambutan atas kejayaan penganjuran
aktiviti pada hari tersebut. Majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi
hubungan di antara guru-guru dan murid-murid yang terlibat pada hari tersebut.
Bagi warga SK Nanga Meluan selaku penganjur, walaupun kurang
menyerlah dalam acara bola baling, namun kehampaan itu terubat sedikit apabila
seorang adik Rani Mukherjee telah dipilih untuk menyertai pasukan yang akan
mewakili Zon Julau ke pertandingan peringkat Daerah Julau. Bagi acara badminton
pula, pasukan Meluan yang berjaya menjuarai dua kategori pula memastikan 3
orang murid akan mewakili Zon Julau.
Akhir sekali, walaupun para guru dan murid-murid agak
kepenatan selepas acara ini selesai, namun kepuasan jelas terpancar di wajah mereka
semua kerana gembira dengan kejayaan penganjuran acara pada hari tersebut khususnya
bagi warga SK Nanga Meluan.
Disediakan Oleh,
Thadeus
Timbang Anjie Wandi .
(Ketua Jurulatih Meluan)
No comments:
Post a Comment