Wednesday, 6 March 2013

PENGENALAN E-FORM RPM-PBS 2013 VERSI 3.01


PENGENALAN E-FORM RPM-PBS 2013 VERSI 3.01

(Makluman: eForm RPM-PBS versi 3.0 telah ditarik balik dan digantikan dengan eForm RPM-PBS versi 3.01 kerana terdapat ralat minor untuk SMK dan SK. Cikgu-cikgu PBS sila muat turun semula versi terkini. Harap maaf atas ralat tersebut, dan terima kasih kepada rakan guru yang dapat mengesan kewujudan ralat.)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEXO5zm2kdnInUCgkLT2QFfdPdaLVfAfP2J10lTEq03ouveaocStorrFZfmVRYyU1jfM0THKB599LXjHwEPQzduosAkdVyK8LYDvsZigQdqdH-glmG1ct9tCsOEs0xMTF5xYKNaIb0rlmR/s400/HOME+EFORM+RPM-PBS+2013.png


eForm RPM-PBS (eForm Rekod Prestasi Murid-PBS) adalah borang transit untuk merekod perkembangan prestasi akademik pelajar dalam sesuatu subjek sebelum data terakhir dimasukkan ke dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) secara dalam talian.

Peranan utama fail ini adalah mengumpul, menganalisa dan memaparkan prestasi setiap pelajar dalam setiap eviden secara auto di helaian 'eReport I' atau helaian 'eReport II' mengikut susunan: Band --> Diskriptor --> Eviden, seperti mana yang terdapat dalam talian SPPBS.

Oleh itu guru subjek tidak perlu bersusah payah menanda dan melengkapkan borang rekod perkembangan murid mengikut band yang selama ini dibuat secara manual. Guru subjek hanya perlu menandakan eviden mengikut bab/topik semasa mengikut keperluan dan kelapangan masa guru subjek sendiri pada bila-bila masa tanpa tekanan.


Jika untuk tujuan rujukan 'key-in' data ke dalam talian SPPBS, guru tidak perlu mencetak helaian 'eReport I'. Guru hanya perlu buka laman SPPBS dan fail ini dalam pc/laptop yang sama dan paparkan dalam 'windows' yang bersebelahan sahaja.

Di helaian 'ANALISA' disediakan analisa bilangan calon yang telah menguasai setiap eviden. Analisa ini amat berguna untuk mengetahui kelemahan dan kekuatan pelajar dalam sesuatu kelas dalam setiap eviden supaya tindakan susulan yang sesuai dapat diambil agar kelemahan ini tidak dibawa ke peringkat tingakatan yang seterusnya.

Fail ini boleh digunakan untuk semua subjek. Namun terdapat beberapa kekangan penggunaan fail.

Penggunaan fail ini terhad kepada:

1. Subjek yang mempunyai sehingga 20 bab / unit / topik sahaja. Jika lebih daripada 20 bab, dicadangkan bab-bab tersebut digabungkan dalam satu helaian dengan syarat bilangan gabungan eviden tidak melebihi 20 eviden.
2. Subjek yang mempunyai sehingga 175 eviden keseluruhan sahaja.
3. Bilangan eviden setiap bab/unit/topik terhad kepada sehingga 20 eviden sahaja. Jika wujud bab/unit/topik yang melebihi 20 eviden, dicadangkan supaya bab tersebut didaftarkan kepada dua bahagian. Contoh: Bab 01A dan Bab 01B.
4. Bilangan murid terhad sehingga 60 orang sahaja dalam sesuatu kelas.

Panduan penggunaan juga terdapat di helaian 'PANDUAN' dalam fail ini.

No comments:

Post a Comment