Monday, 17 February 2014

Majlis Perpisahan En. Aswandi


 Pada 22 Januari 2014 yang lalu, telah diadakan satu majlis ringkas perpisahan bersempena dengan pertukaran Pembantu Pengurusan Murid, Encik Aswandi bin Ahmad ke SK Sungai Sugai, Pakan.

     Encik Aswandi  telah banyak berjasa kepada SK Nanga Meluan. Ketelusan kerja, komitmen yang tinggi, bersungguh-sungguh dalam melakukan tugasnya membuatkan semua pihak senang dengan kehadirannya. Beliau adalah seorang yang sangat peramah dan penyayang  kepada semua warga sekolah. Tentunya perpindahan beliau ini akan memberi kehilangan yang besar kepada seluruh warga sekolah. Terima kasih atas jasa dan keringat yang telah dicurahkan. Semoga Encik Aswandi bin Ahmad dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT. Pihak sekolah SK Nanga Meluan juga mengucapkan tahniah atas perkahwinan yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.

GURU BESAR, EN.THOMAS LEGAK  MEMBERIKAN KATA-KATA ALUAN

ENCIK ASWANDI MEMBERIKAN UCAPAN TERAKHIR KEPADA
WARGA SK NANGA MELUAN


ANTARA WARGA SK NANGA MELUAN YANG MEMERIAHKAN MAJILIS TERSEBUT


UCAPAN SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA EN.PETER
YANG MENGGANTIKAN JAWATAN EN. ASWANDI

PENYAMPAIAN HADIAH KENANG-KENANGAN DARI PIHAK SEKOLAH

Program Transisi Tahun 1 2014


Program Transisi Prasekolah ke Tahun 1 merupakan program yang akan dilaksanakan setiap tahun pada awal persekolahan Tahun Satu selama tiga minggu. Program ini dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi daripada pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah mahupun di tadika ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Dengan itu, program transisi ini dapat membantu kanak-kanak yang baru masuk sekolah menghadapi perubahan tersebut. Di samping itu, program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosioekonomi yang berbeza dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu dengan tahap pencapaian yang hampir sama.

OBJEKTIF:

1. Kesinambungan pembelajaran di tadika atau prasekolah ke Tahun Satu dapat dicapai.
2. Dapat memudahkan dan mempercepatkan murid-murid yang datang daripada pelbagai latar belakang bergaul antara satu sama lain.
3. Dapat memudahkan dan mempercepatkan murid-murid mengenali guru-guru dan rakan-rakan.
4. Dapat memudahkan murid-murid menyesuaikan diri dengan masa, keadaan dan persekitaran sekolah.
5. Dapat memudahkan murid-murid bersedia untuk mmemulakan proses pembelajaran secara formal menerusi Program Transisi.
6. Dapat memudahkan kesinambungan pembelajaran daripada pendidikan tidak formal ke pendidikan formal dijalankan.
7. Dapat membina keyakinan murid-murid untuk menghadapi pembelajaran yang lebih formal.
8. Dapat memudahkan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
9. Dapat membantu guru menilai kemajuan murid secara berterusan dan menyeluruh.
10. Dapat meningkatkan minat, semangat dan kecenderungan murid-murid untuk datang ke sekolah dan belajar tanpa menimbulkan masalah yang besar.

In progressing...... 

UPACARA PEMBUKAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2014

IBUBAPA MEMBALUT BUKU TEKS ANAK MASING-MASING

SESI ICE-BREAKING DI DALAM KELAS

ACARA SENAMROBIK YANG DI KETUAI GURU KELAS TAHUN 1

ACARA SUKANEKA TAHUN 1 MENGIKUT KUMPULAN

UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH & MAJLIS PENUTUP YANG DISEMPURNAKAN
OLEH PK HEM, PN.CAROLAN BANDING

 Semoga Program Transisi Tahun 1 2014 ini memberi impak yang positif kepada murid-murid tersebut. Diharapkan merekalah yang akan menjadi pemangkin generasi akan datang yang lebih berjaya dan cemerlang.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Guru-guru juga amat diharapkan dapat memberi tunjuk ajar yang baik, memberi ilmu dengan sepenuh hati kerana ini lah permulaan yang baru bagi mereka yang baru sahaja melangkah ke alam persekolahan.


-by ADMIN




Wednesday, 12 February 2014

HELLO 2014 ❤❤


“We will open the book. Its pages are blank. We are going to put words on them ourselves. The book is called Opportunity. This year, let's us work hard together to achieve a great successful to our school. We will continue to meet our goals of improving student achievement in sports,academic etc. We will prove to others that Sk Nanga Meluan is THE GREATEST"
-by ADMIN

Friday, 10 January 2014

Jemputan makan malam ke Saint Alphonsus, Julau

Pada 8 November 2013, guru-guru & staf Sk. Nanga Meluan telah menghadiri jemputan makan malam di Saint Alphonsus, Julau.
Majlis berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran semua pihak yang terlibat.
Terima kasih diucapkan kepada Sk. Saint Alphonsus atas jemputan dan pihak sekolah kami amat menghargainya.
Semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara sekolah di daerah Julau ini.










Sunday, 29 September 2013

Majlis Penyampaian Hadiah kecemerlangan dalam bidang Kokorikulum

Pada perhimpunan Ahad baru-baru ini telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang-pemenang yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang.
Penghormatan diberikan kepada mereka supaya dapat menjadi contoh dan role model kepada murid-murid yang lain.

Dalam masa yang sama, Guru Besar Sk. Nanga Meluan iaitu En. Thomas Legak turut berpesan kepada murid-murid supaya dapat mengimbangi antara Akademik dan juga Kokurikulum. Ini adalah bagi melahirkan insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Semoga Sk. Nanga Meluan terus maju bertapak di dalam bidang pendidikan dan sukan seiring dengan transformasi negara.














Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia/Inggeris Tahap 1 & 2

Pada tarikh 19 September 2013 telah diadakan Pertandingan Bercerita 
Bahasa Malaysia/Inggeris Tahap 1 & 2 Zon Julau, Sarawak.
Pertandingan dijalankan di Sk. Ulu Sungai Naman. 

Antara sekolah yang terlibat dalam pertandingan yang dijalankan ialah Sk. St. Alphonsus, Sk. Ulu Naman, Sk. Nanga Kelangas, Sk. Nanga Lasi, Sk. Nanga Luau, SJK. Yuk Kung, Sk. Nanga Merurun dan Sk. Nanga Meluan.

OBJEKTIF PERTANDINGAN :
* Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan menyakinkan.
*Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan dan karya tradisional
*Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing.
*Meningkatkan kemahiran bertutur dan mendengar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Peserta-peserta Sk. Nanga Meluan bergambar kenangan bersama guru pengiring mereka

Tahniah diucapkan kepada pemenang, yang kalah cuba lagi di tahun hadapan

Kiri : Elvelynd Chebe Anak Joo memenangi Tempat Pertama dalam pertandingan bercerita Tahap 1
Kanan : Mirion Linda Anak Tali merangkul Tempat Pertama dalam pertandingan bercerita Tahap 2

Abby Aguilera memenangi Tempat Ketiga dalam pertandingan Public Speaking

Saturday, 28 September 2013

Kejohanan Balapan & Padang Pembangunan MSSG Sarikei 2013

Pada tarikh 18-20 September 2013 telah diadakan Kejohanan Balapan & Padang Pembangunan MSSG bertempat di Kompleks Sukan Sarikei. Kejohanan ini dianjurkan oleh SMK Tinggi Sarikei.

Tahniah di ucapkan kepada atlit-atlit Sk. Nanga Meluan kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah. Kejayaan ini sekaligus membantu daerah Julau muncul sebagai JOHAN keseluruhan  dalam Kejohanan Balapan & Padang Pembangunan MSSG Sarikei 2013.

PENCAPAIAN YANG TELAH DICATAT ATLIT SK. NANGA MELUAN 


PINGAT EMAS

BIL.
NAMA
KATEGORI
ACARA
CATATAN
WAKIL DAERAH
1.
Iviana Anak Penyangkai
P11TKB
 Lompat tinggi
1.24m 
2.
Jerry Untam Anak Naong
L11TKB
 Lompat tinggi
1.22m 

3.
Kalai Anak Engkulau
L11TKB
 Lompat jauh
4.27m
4.
Kalai Anak Engkulau
L11TKB
70ML/Pagar

5.
Edwin Anak Simon
L10TKB
 Lompat jauh
3.97m
     6.
 Edwin Anak SimonL10 TKB60m
               √
7.
Peter Diman Anak Miskin
L11TKB
4x100m
1.32m
.8
Edwin Anak Simon
L10TKB
 4x100m

9.
Kalai Anak Engkulau
L11TKB
  4x200m


10.
Desiree Mayang Anak Johny
P11TKB
  4x200m

11.
Peter Diman Anak MiskinL11TKB4X200m


PINGAT PERAK


BIL.
NAMA
KATEGORI
ACARA
CATATAN
WAKIL DAERAH
1.
Vanessa Sheela Anak Dian
P11TKB
 Lompat tinggi
1.21m 
2.
Desiree Mayang  Anak Johnny
P11TKB
 Lompat jauh
3.97m 

3.
Peter Diman Anak Miskin
L11TKB
 Lompat jauh
3.84m 

4.
Peter Diman Anak Miskin
L11TKB
 70ML/Pagar


Catatan atlit dikira (Ke-5 terhampir dengan Rekod MSS Sarawak) akan dipilih mewakili bahagian Sarikei ke Kejohanan Balapan & Padang MSS Sarawak.

Pencapaian Keseluruhan 

Pencapaian : Johan keseluruhan
Kutipan Pingat : Emas 6 & Perak 4 (Individu)
Wakil bahagian : 4 orang
Anugerah : Olahragawan L10TKB, Edwin Simons merangkul 3 emas
Olahragawan L11TKB, Kalai Anak Engkulau merangkul 3 emas

Tahniah kepada Wira dan Wirawati Sk. Nanga Meluan








Atlit-atlit sukan Daerah Julau di dalam keratan akhbar
Sumber : Akhbar Borneo,Isnin 30 September 2013



Program Malaysiaku Tercinta


Pada tarikh 13 September 2013, telah diadakan Program Malaysiaku Tercinta peringkat Sk. Nanga Meluan dengan kerjasama Kelab Rukun dan Negara. Program ini bermula seawal 7.30 pagi hingga 11.50 pagi. Program ini melibatkan semua murid Sk. Nanga Meluan.

Program Malaysiaku Tercinta ini bertujuan untuk melahirkan murid – murid yang taat dan setia pada Negara, cintakan tanah air, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia serta boleh berinteraksi secara berkesan kearah mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, bersatupadu, demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.

Program ini juga bermatlamat untuk menjunjung tinggi keluhuran Perlembagaan Negara 
serta mengukuhkan peranan dan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia


OBJEKTIF PROGRAM

* Menghargai keperibadian bangsa dan mempunyai semangat patriotik
* Memahami dan menghargai sejarah dan warisan Negara.
* Memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan.
* Menanam dan memperkasakan semangat patriotism dalam diri pelajar.
* Meneguhkan perpaduan kaum melalui penyertaan program ini sebagai pengisian ruang
interaksi antara guru dan murid
 * Memupuk minat yang mendalam terhadap generasi muda untuk terus memartabatkan nilai- nilai keharmonian dan keamanan.
* Mensyukuri segala nikmat Tuhan

Antara program yang dijalankan pada hari tersebut ialah :
1) Pertandingan Mewarna bagi Tahap 1
2)Pertandingan Kuiz Kenegaraan bagi Tahap 2
3) Pertandingan Koir antara rumah sukan
4) Persembahan ucapan berirama
5)Persembahan Dikir Barat 
6) Persembahan nyanyian lagu patriotik 
7) Nyanyian lagu patriotik oleh semua warga Sk. Nanga Meluan

Persiapan tempat

Ucapan alu-aluan oleh GB, Encik Thomas Legak
Laungan Kemerdekaan oleh PK KO, En. Talang Sabang
PERTANDINGAN KUIZ KENEGARAAN TAHAP 2





PERTANDINGAN KOIR ANTARA RUMAH SUKAN





PERSEMBAHAN UCAPAN BERIRAMA



PERSEMBAHAN DIKIR BARAT OLEH MURID TAHAP 1



NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK OLEH
 WARGA SK. NANGA MELUAN







PERSEMBAHAN PENUTUP OLEH ARTIS SK NANGA MELUAN



Syukur kepada Tuhan, Program Malaysiaku Tercinta berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Hasil program ini adalah daripada kerjasama semua guru-guru dan kakitangan  Sk. Nanga Meluan.

DI SEBALIK TABIR






WAJAH-WAJAH MERDEKA