Saturday, 28 September 2013

Program Malaysiaku Tercinta


Pada tarikh 13 September 2013, telah diadakan Program Malaysiaku Tercinta peringkat Sk. Nanga Meluan dengan kerjasama Kelab Rukun dan Negara. Program ini bermula seawal 7.30 pagi hingga 11.50 pagi. Program ini melibatkan semua murid Sk. Nanga Meluan.

Program Malaysiaku Tercinta ini bertujuan untuk melahirkan murid – murid yang taat dan setia pada Negara, cintakan tanah air, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia serta boleh berinteraksi secara berkesan kearah mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, bersatupadu, demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.

Program ini juga bermatlamat untuk menjunjung tinggi keluhuran Perlembagaan Negara 
serta mengukuhkan peranan dan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia


OBJEKTIF PROGRAM

* Menghargai keperibadian bangsa dan mempunyai semangat patriotik
* Memahami dan menghargai sejarah dan warisan Negara.
* Memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan.
* Menanam dan memperkasakan semangat patriotism dalam diri pelajar.
* Meneguhkan perpaduan kaum melalui penyertaan program ini sebagai pengisian ruang
interaksi antara guru dan murid
 * Memupuk minat yang mendalam terhadap generasi muda untuk terus memartabatkan nilai- nilai keharmonian dan keamanan.
* Mensyukuri segala nikmat Tuhan

Antara program yang dijalankan pada hari tersebut ialah :
1) Pertandingan Mewarna bagi Tahap 1
2)Pertandingan Kuiz Kenegaraan bagi Tahap 2
3) Pertandingan Koir antara rumah sukan
4) Persembahan ucapan berirama
5)Persembahan Dikir Barat 
6) Persembahan nyanyian lagu patriotik 
7) Nyanyian lagu patriotik oleh semua warga Sk. Nanga Meluan

Persiapan tempat

Ucapan alu-aluan oleh GB, Encik Thomas Legak
Laungan Kemerdekaan oleh PK KO, En. Talang Sabang
PERTANDINGAN KUIZ KENEGARAAN TAHAP 2





PERTANDINGAN KOIR ANTARA RUMAH SUKAN





PERSEMBAHAN UCAPAN BERIRAMA



PERSEMBAHAN DIKIR BARAT OLEH MURID TAHAP 1



NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK OLEH
 WARGA SK. NANGA MELUAN







PERSEMBAHAN PENUTUP OLEH ARTIS SK NANGA MELUAN



Syukur kepada Tuhan, Program Malaysiaku Tercinta berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Hasil program ini adalah daripada kerjasama semua guru-guru dan kakitangan  Sk. Nanga Meluan.

DI SEBALIK TABIR






WAJAH-WAJAH MERDEKA








Monday, 9 September 2013

Good Luck UPSR candidates


Bermulanya esok iaitu 10-12 September 2013, maka bermula pertempuran murid-murid Tahun 6 dalam menghadapi UPSR.
Semoga murid-murid tahun 6 Sk Nanga Meluan dapat menjawab peperiksaan dengan jayanya dan bersungguh-sungguh mencapai targer 5A.
Moga Sk Nanga Meluan terus berjaya bukan sekadar dalam bidang Kokurikulum malahan dalam akademik.


6 attributes of success: 
- Diligence
- Persistence
- Taking the Initiative
- Learning from Failure
- Facing Challenges
- Living A Fruitful Life


BEST OF LUCK FROM US : Guru-guru & staff Sk Nanga Meluan.

“There are no secrets to success. It is the result of preparation, hard work learning from failure.” 
-General Colin Powell-



Sunday, 1 September 2013

Kejohan Balapan & Padang Daerah Julau 2013

Pada tarikh 27-28 Ogos 2013 telah berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang bagi daerah Julau, Sarawak. Kejohanan ini melibatkan beberapa zon daerah Julau iaitu zon Julau, Engkamop, Dayu, Entabai, dan juga Pakan.

Perbarisan atlit yang melibatkan 5 zon daerah Julau

Kejohanan Balapan dan Padang bagi daerah Julau telah dirasmikan oleh Yang Berbahgia Encik Kerebo Ak Bugik iaitu selaku Pegawai Pendidikan Daerah Julau.
kejohanan ini dikelolakan oleh Zon Pakan di Kompleks Sukan Daerah Pakan.

Kejohanan ini berlangsung dengan jayanya dan atlit dari Sk Nanga Meluan telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan.

Foto aksi atlit Zon Julau berentap di Kejohanan Balapan & Padang







Majlis Penyampaian Hadiah yang dimenangi atlit Zon Julau




Olahragawan L11TKB Edwin Simons & Olahragawati P11TKB Vanessa Shela Dian


Behind the Scene








PENCAPAIAN ATLIT SK. NANGA MELUAN

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PEMBANGUNAN DAERAH JULAU 2013


PINGAT EMAS

BIL.
NAMA
KATEGORI
ACARA
CATATAN
WAKIL DAERAH
1.
Vanessa Sheela Anak Dian
P11TKB
 Lompat tinggi
1.30m (RB)
2.
Kalai Anak Engkalau
L11TKB
 Lompat jauh
4.46m (RD)
3.
Desiree Mayang  Anak Johnny
P11TKB
 Lompat jauh
3.97m (RD)
4.
Edwin Anak Simon
L10TKB
 Lompat jauh
3.90m (RD)
5.
Edwin Anak Simon
L10TKB
 60m

6.
Peter Diman Anak Miskin
L11TKB
 70ML/pagar

7.
Jerry Untam Anak Naong
L11TKB
 Lompat tinggi
1.32m
.8
Peter Diman Anak Miskin
L11TKB
 4x100m

9.
Desiree Mayang Anak Johnny
P11TKB
  4x100m


10.
Edwin Anak Simon
L10TKB
  4x100m


11.
Agatha Anak Miskin
P10TKB
  4x100m


12.
Peter Diman Anak Miskin
L11TKB
4x200m 


13.
Edwin Anak Simon
L10TKB
 4x200m



PINGAT PERAK

BIL.
PINGAT
KATEGORI
ACARA
CATATAN
WAKIL DAERAH
1.
Iviana Anak Penyangkai
P11TKB
Lompat tinggi
1.26m (RB)
2.
Kalai Anak Engkalau
L11TKB
Lontar peluru
7.76m


PINGAT GANGSA

BIL.
PINGAT
KATEGORI
ACARA
CATATAN
WAKIL DAERAH
1.
Abby Aguilera Anak Nancy
P11TKB
70ML/P
1.20m

2.
Agataha Anak Miskin
P10TKB
Lompat jauh
6.90m

3.
Agatha Anak Miskin
P10TKB
4x200m


 
*RB : Rekod Bahagian           *RD : Rekod Daerah

PENCAPAIAN KESELURUHAN

PENCAPAIAN : Johan keseluruhan
MATA : 237 mata
KUTIPAN PINGAT : 13 emas, 2 perak, gangsa 3
WAKIL DAERAH : 8 orang


Sekalung Tahniah kepada semua atlit terutama Zon Julau.
Majulah sukan untuk Negara.

Tuesday, 20 August 2013

Selamat Datang Bulan Kemerdekaan Yang ke-56


SELAMAT DATANG OGOS.

'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku' akan menjadi tema sambutan 
Hari Kemerdekaan negara yang ke-56 pada 31 Ogos tahun ini.
Tema tersebut lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.

TEMA DAN LOGO HARI KEMERDEKAAN YANG KE-56
Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.


Damai (Tanahairku Dan Dunia)
Usman Awang

Sisa hidup ini hendak kita pelihara
juga tanah, pohon dan buah-buah
juga tulang, daging dan darah
jangan suara jadi parau di musim kemarau.

Tapi tanah kami sudah kerecikan api
lama bermula, tidak hilang sampai kini
dan meski tawaran damai sudah diberi
orang masih tidak peduli!

Pohon getah dan tanah mengandung bijih
rebutan manusia daerah asing
kita gali kubur dan masuk berdiam di dalamnya!

Damai - seruan dan tawaran
damai - untuk tanahairku dan kemerdekaan
damai - untuk dunia dan kesejahteraan!

Mastika, Ogos 1955.

Monday, 19 August 2013

Program Klinik UPSR peringkat sekolah 2013

Pada 11 Ogos hingga 16 Ogos 2013 telah dijalankan Program Klinik UPSR peringkat Sk Nanga Meluan, Julau. program ini melibatkan murid tahun 6 seramai 31 orang murid Sk Nanga Meluan, yang terdiri daripada 17 orang lelaki dan 14 orang perempuan.

Program ini telah diadakan di Sk Nanga Meluan, Julau, Sarawak.
Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar bagaimana untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR. Berbagai tips dan panduan untuk menjawab soalan-soalan telah disampaikan oleh fasilitator-fasilitator jemputan serta guru-guru yang terlibat kepada murid-murid tahun 6. Tips yang telah diberikan ialah untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Aktiviti-aktiviti dijalankan mengikut hari dan subjek yang telah ditetapkan mengikut jadual yang diagihkan. guru-guru subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains telah memberi komitmen  yang tinggi bagi menjayakan program ini berlangsung dengan jayanya.

Program yang diadakan selama 6 hari ini banyak membantu dan meyakinkan peserta untuk menghadapi peperiksaan yang akan diduduki pada bulan September  ini. Kita doakan semoga mereka akan mendapat kejayaan yang cemerlang dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga mereka dari putaran ganas kemiskinan apabila mereka berjaya nanti.



Foto-foto sekitar Program Klinik UPSR dijalankan:













 Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.