Tarikh:19 - 21 Ogos 2014
Tempoh masa : 3 hari
Tempat : SK Ng Meluan
SK Nanga Meluan telah dipilih menjadi tuan rumah untuk pelaksanaan Program Gempuru Silik Linus 2.0. Program ini dirancang
dan dilaksanakan untuk membantu murid-murid yang masih tidak menguasai konstruk
dalam literasi, numerasi (LINUS) dan literasi Bahasa Inggeris (LBI) selepas
saringan 1. Program ini merupakan salah satu daripada program intervensi khas
LINUS Pejabat Pendidikan Daerah Julau untuk mencapai KPI LINUS 2.0 yang akan
dijalankan secara berpusat.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
1. Sebagai program sokongan untuk mencapai keberkesanan
program LINUS
2. Untuk menambahkan bilangan murid yang menguasai K1-K12
dalam LINUS dan LBI.
3. Mensasarkan pencapaian yang lebi baik dalam LINUS 2.
SASARAN
Murid Tahun 1 hingga Tahun 3 yang tidak mengguasai
konstruk 1-12 dalm LINUS dan
LBI.
PENGLIBATAN
1. Seramai 7orang FasiLINUS daripada 7 buah sekolah terlibat iaitu
dari SK Saint Alphonsus, SK Nanga Luau, SK Nanga Lasi, SK Nanga Entabai,SK
Nanga Merurun, SK Nanga Kelangas dan SK Nanga Meluan.
2. Guru LINUS dan Guru Pemulihan sekolah terlibat.
3. Murid Tahun 1 dan Tahun 2 untuk LBI.
4. Murid Tahun 1- Tahun 3 untuk yang tidak menguasai LINUS
dan LBI.
PELAKSANAAN
Peserta dibahagi mengikut kumpulan Literasi,
Numerasi dan Bahasa Inggeris dan akan diberi tunjuk ajar oleh Fasilitator yang
terdiri daripada Guru Pemulihan. Murid diberi motivasi, bimbingan dan pemudah
cara bagi meningkatkan pengtahuan dan penguasaan dalam setiap konstruk.