Monday, 17 February 2014

Majlis Perpisahan En. Aswandi


 Pada 22 Januari 2014 yang lalu, telah diadakan satu majlis ringkas perpisahan bersempena dengan pertukaran Pembantu Pengurusan Murid, Encik Aswandi bin Ahmad ke SK Sungai Sugai, Pakan.

     Encik Aswandi  telah banyak berjasa kepada SK Nanga Meluan. Ketelusan kerja, komitmen yang tinggi, bersungguh-sungguh dalam melakukan tugasnya membuatkan semua pihak senang dengan kehadirannya. Beliau adalah seorang yang sangat peramah dan penyayang  kepada semua warga sekolah. Tentunya perpindahan beliau ini akan memberi kehilangan yang besar kepada seluruh warga sekolah. Terima kasih atas jasa dan keringat yang telah dicurahkan. Semoga Encik Aswandi bin Ahmad dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT. Pihak sekolah SK Nanga Meluan juga mengucapkan tahniah atas perkahwinan yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.

GURU BESAR, EN.THOMAS LEGAK  MEMBERIKAN KATA-KATA ALUAN

ENCIK ASWANDI MEMBERIKAN UCAPAN TERAKHIR KEPADA
WARGA SK NANGA MELUAN


ANTARA WARGA SK NANGA MELUAN YANG MEMERIAHKAN MAJILIS TERSEBUT


UCAPAN SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA EN.PETER
YANG MENGGANTIKAN JAWATAN EN. ASWANDI

PENYAMPAIAN HADIAH KENANG-KENANGAN DARI PIHAK SEKOLAH

Program Transisi Tahun 1 2014


Program Transisi Prasekolah ke Tahun 1 merupakan program yang akan dilaksanakan setiap tahun pada awal persekolahan Tahun Satu selama tiga minggu. Program ini dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi daripada pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah mahupun di tadika ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Dengan itu, program transisi ini dapat membantu kanak-kanak yang baru masuk sekolah menghadapi perubahan tersebut. Di samping itu, program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosioekonomi yang berbeza dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu dengan tahap pencapaian yang hampir sama.

OBJEKTIF:

1. Kesinambungan pembelajaran di tadika atau prasekolah ke Tahun Satu dapat dicapai.
2. Dapat memudahkan dan mempercepatkan murid-murid yang datang daripada pelbagai latar belakang bergaul antara satu sama lain.
3. Dapat memudahkan dan mempercepatkan murid-murid mengenali guru-guru dan rakan-rakan.
4. Dapat memudahkan murid-murid menyesuaikan diri dengan masa, keadaan dan persekitaran sekolah.
5. Dapat memudahkan murid-murid bersedia untuk mmemulakan proses pembelajaran secara formal menerusi Program Transisi.
6. Dapat memudahkan kesinambungan pembelajaran daripada pendidikan tidak formal ke pendidikan formal dijalankan.
7. Dapat membina keyakinan murid-murid untuk menghadapi pembelajaran yang lebih formal.
8. Dapat memudahkan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
9. Dapat membantu guru menilai kemajuan murid secara berterusan dan menyeluruh.
10. Dapat meningkatkan minat, semangat dan kecenderungan murid-murid untuk datang ke sekolah dan belajar tanpa menimbulkan masalah yang besar.

In progressing...... 

UPACARA PEMBUKAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2014

IBUBAPA MEMBALUT BUKU TEKS ANAK MASING-MASING

SESI ICE-BREAKING DI DALAM KELAS

ACARA SENAMROBIK YANG DI KETUAI GURU KELAS TAHUN 1

ACARA SUKANEKA TAHUN 1 MENGIKUT KUMPULAN

UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH & MAJLIS PENUTUP YANG DISEMPURNAKAN
OLEH PK HEM, PN.CAROLAN BANDING

 Semoga Program Transisi Tahun 1 2014 ini memberi impak yang positif kepada murid-murid tersebut. Diharapkan merekalah yang akan menjadi pemangkin generasi akan datang yang lebih berjaya dan cemerlang.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Guru-guru juga amat diharapkan dapat memberi tunjuk ajar yang baik, memberi ilmu dengan sepenuh hati kerana ini lah permulaan yang baru bagi mereka yang baru sahaja melangkah ke alam persekolahan.


-by ADMIN




Wednesday, 12 February 2014

HELLO 2014 ❤❤


“We will open the book. Its pages are blank. We are going to put words on them ourselves. The book is called Opportunity. This year, let's us work hard together to achieve a great successful to our school. We will continue to meet our goals of improving student achievement in sports,academic etc. We will prove to others that Sk Nanga Meluan is THE GREATEST"
-by ADMIN