Rawatan
pergigian merupakan salah satu elemen penting dalam program kesihatan untuk
pelajar sekolah. Justeru, pihak Klinik Kesihatan Bintangor, telah
mengadakan program rawatan pergigian untuk semua murid di SK Nanga Meluan pada
22 hingga 26 April 2013. Program yang mengambil masa lima hari tersebut telah
dijalankan dengan lancar dan jayanya hasil kerjasama erat pegawai-pegawai
kesihatan Klinik Kesihatan Bintangor dan pihak sekolah. Aktiviti sampingan
seperti ceramah kesedaran dan kelas belajar memberus gigi dengan teknik yang
betul turut diadakan. Aktiviti seperti ini telah membantu meningkatkan
kesedaran tentang pentingnya penjagaan gigi dalam kalangan pelajar yang
sebahagian besarnya tinggal di asrama. Jadi, dengan bimbingan dan tunjuk ajar
yang betul, para pelajar diharap dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian di asrama. Melalui kesempatan ini, pihak sekolah mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak Klinik Kesihatan Bintangor, Julau kerana telah menjaga
kebajikan anak-anak kami di SK Nanga Meluan. Sekian. Maju gigi untuk negara.
Friday, 26 April 2013
BULAN BAHASA MALAYSIA 2013
Pihak
Panitia Bahasa Malaysia SK Nanga Meluan telah melancarkan Program Bulan Bahasa
Malaysia pada 8 April 2013 yang lalu dengan temanya 1Bahasa 1Bangsa 1Negara. Program ini akan berlangsung selama lebih
kurang sebulan dan akan berakhir pada 3 Mei 2013. Sepanjang tempoh tersebut,
pelbagai aktiviti telah dirancang. Antaranya ialah Kuiz Bahasa Melayu, Eja
Cepat, Pertandingan Teka Silang Kata, Pertandingan Membaca, Pertandingan
Bercerita dan Pertandingan Membina Ayat.
Selain pelajar, Program Bulan Bahasa ini turut melibatkan penyertaan semua guru
dan AKP dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Langkah ini diambil sebagai
usaha untuk mewujudkan kerjasama erat antara guru dan AKP dengan pelajar.
Peserta Kuiz BM |
Barisan Hakim |
Suasana Kuiz |
Peserta Kuiz |
Tuesday, 2 April 2013
900,000 kanak-kanak Denmark tidak sekolah semalam
COPENHAGEN 3 April - Sekurang-kurangnya 900,000 murid Denmark tidak bersekolah semalam selepas 60,000 guru sekolah rendah tidak dibenarkan masuk ke sekolah selepas berlaku pertikaian antara pihak Kesatuan Guru-guru Denmark dan Kerajaan Tempatan Denmark.
Kebanyakan guru berdiri di luar kebanyakan sekolah dengan memegang kain rentang ketika ibu bapa dan murid tiba di sekolah secara berperingkat-peringkat dengan 875,000 murid yang terjejas tidak ke sekolah ekoran konflik yang hanya akan berakhir dalam beberapa minggu lagi.
"Adalah tidak kena untuk bercakap tentang campur tangan kerajaan buat masa ini. Pertikaian itu mesti dibenarkan untuk berlangsung," kata Perdana Menteri Denmark, Helle Thorning-Schmidt kepada media.
Kebanyakan guru berdiri di luar kebanyakan sekolah dengan memegang kain rentang ketika ibu bapa dan murid tiba di sekolah secara berperingkat-peringkat dengan 875,000 murid yang terjejas tidak ke sekolah ekoran konflik yang hanya akan berakhir dalam beberapa minggu lagi.
"Adalah tidak kena untuk bercakap tentang campur tangan kerajaan buat masa ini. Pertikaian itu mesti dibenarkan untuk berlangsung," kata Perdana Menteri Denmark, Helle Thorning-Schmidt kepada media.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130403/lu_02/900000-kanak-kanak-Denmark-tidak-sekolah-semalam#ixzz2PMNZ3AnE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)