Wednesday, 30 January 2013

PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI 2013


Helly, Juara Bawa Bola Dalam Sudu
Program Transisi Prasekolah ke Tahun 1 merupakan program yang akan dilaksanakan setiap tahun pada awal persekolahan Tahun Satu selama 15 hari atau tiga minggu. 

Sesi Bergambar
Program ini dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi daripada pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah mahupun di tadika ke pendidikan secara formal di Tahun Satu.  Dengan itu, program transisi ini dapat membantu kanak-kanak yang baru masuk sekolah menghadapi perubahan tersebut. Di samping itu, program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosioekonomi yang berbeza dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu dengan tahap pencapaian yang hampir sama.
Acara Meniup Belon

OBJEKTIF PROGRAM TRANSISI
Pada akhir program ini:-
1.Kesinambungan pembelajaran di tadika atau prasekolah ke Tahun Satu dapat dicapai.
2.Dapat memudahkan dan mempercepatkan murid-murid yang datang daripada pelbagai latar belakang bergaul antara satu sama lain.
3.Dapat memudahkan dan mempercepatkan murid-murid mengenali guru-guru dan rakan-rakan.
4.Dapat memudahkan murid-murid menyesuaikan diri dengan masa, keadaan dan persekitaran sekolah.


5.Dapat memudahkan murid-murid bersedia untuk mmemulakan proses pembelajaran secara formal menerusi Program Transisi.
6.Dapat memudahkan kesinambungan pembelajaran daripada pendidikan tidak formal ke pendidikan formal dijalankan.
7.Dapat membina keyakinan murid-murid untuk menghadapi pembelajaran yang lebih formal.
8.Dapat memudahkan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
9.Dapat membantu guru menilai kemajuan murid secara berterusan dan menyeluruh.
10.Dapat meningkatkan minat, semangat dan kecenderungan murid-murid untuk datang ke sekolah dan belajar tanpa menimbulkan masalah yang besar.


Acara Bowling Botol Air
Gelang Getah Race
Ucapan Penutupan Oleh Guru Besar
Ketua Pasukan, Wandi Memberi Semangat Kepada Pasukannya

Guru Besar Menyampaikan Hadiah Kepada Pemenang






Jasamu Dikenang

Seri Medan tempat berenang
Ramai orang pergi menjala
Jasamu Tuan tetap dikenang
Zaman berzaman tidak dilupa 

Pantun tersebut membuktikan bahawa segala jasa dan budi baik akan tetap jadi kenangan orang. Begitulah juga dengan jasa dan pengorbanan dua orang guru dari SK Nanga Meluan yang akan menyambung khidmat mereka di sekolah lain akan tetap disimpan sebagai kenangan sepanjang zaman warga Meluan.
Amanat Guru Besar lama
Cikgu Johnny menerima cenderahati dari YPD PIBG
Dua orang guru tersebut ialah Guru Besar, Encik Jerita ak Gara dan Cikgu Johnny ak Blo. Cikgu Jerita ak Gara berpindah ke SK Ulu Sungai Naman, Julau, kerana perkhidmatannya yang cemerlang diperlukan di sekolah berkenaan. Manakala Cikgu Johnny ak Blo pula telah berpindah ke SK Nanga Babai, Pakan. Walaupun sedih, tapi seluruh warga SK Nanga Meluan mengucapkan tahniah kepada Cikgu Johnny kerana telah naik pangkat menjadi Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah berkenaan.
Sebahagian tetamu yang hadir
Acara karaoke
Sebagai tanda penghargaan kepada dua orang guru yang sangat disanjungi ini, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis perpisahan. Walaupun diadakan secara sederhana di Dewan Sekolah SK Nanga Meluan, namun majlis tersebut mewakili satu penghargaan yang sangat besar dan cukup bermakna dari seluruh warga sekolah.

" Patah Tumbuh Hilang Berganti "
Guru Besar baharu En. Thomas
Begitulah perumpamaan peribahasa yang sering kita dengari bila setiap yang pergi pasti ada penggantinya. Perpindahan Guru Besar lama, telah diubati dengan kedatangan Guru Besar baharu iaitu Encik Thomas Legak ak Benjamin Legak. Beliau berpindah dari K St. Alphonsus, Julau bagi menggantikan Cikgu Jerita. Kebetulan dua orang tokoh ini telah bersahabat baik sejak dari bangku persekolahan lagi. Di samping itu, SK Nanga Meluan juga sedang menanti kedatangan seorang lagi guru yang bakal menggantikan Cikgu Johnny.