Al Kisah..di sebuah sekolah...
|
Kerja membaiki paip |
Sebagai sebuah sekolah yang terletak di kawasan pedalaman,
SK Nanga Meluan tidak mempunyai bekalan air paip seperti sekolah-sekolah di bandar.
Oleh itu, SK Nanga Meluan mencari cara alternatif untuk membekalkan sumber air
kepada lebih kurang 270 warganya (240 orang murid dan 30 orang guru dan AKS
sekolah). Caranya ialah melalui bekalan air secara pancur graviti. Sebuah
sungai kecil yang mengalir dari atas bukit telah diempang untuk dijadikan
kawasan tadahan.
|
Memasak Siau/Manok Pansuh |
Kemudian, saluran paip dipasang dan dibina dari kawasan
empangan ini ke kawasan sekolah yang jaraknya berkilo-kilo meter. Kerja-kerja
mengukur belum dilakukan oleh jabatan tanah dan ukur Julau. Jaraknya lebih
kurang 2 Kilometer kot. Kerja-kerja pemasangan dan penyambungan saluran paip
ini dilakukan secara gotong-royong yang melibatkan penduduk rumah panjang sekitar
Nanga meluan sejak _______ (tak tau bila) yang lalu. Dengan adanya bekalan air
ini, ia telah memudahkan warga SK Nanga Meluan untuk menjalani kehidupan harian
seperti biasa. Namun, kadang-kadang bekalan air ini menghadapi masalah
kesihatan. Oleh itu, para doktor dari SK Nanga Meluan akan turun untuk merawat
penyakit sumber air ini.
|
Duduk bersantai di Telaga Kumang |
Setiap kali berlaku masalah terhadap bekalan air daripada
paip pancur graviti sekolah, sepasukan guru dan AKS SK Nanga Meluan akan bergegas turun
untuk mencari punca masalah seterusnya membaiki kerosakan tersebut. Masalah
biasanya berlaku setiap kali hujan turun dengan lebat. Hujan yang lebat dan
turun dalam jangka waktu yang lama menyebabkan saluran paip tersumbat kerana
batu-batu kecil dan sederhana besar masuk ke dalam saluran paip. Masalah air
juga berlaku kerana sambungan paip terputus.
|
Makan Di kawasan air terjun |
|
Manaiki perahu |
Beginilah rutin guru-guru dan AKS SK Nanga Meluan setiap
kali berlaku masalah kepada bekalan air sekolah. Selepas sesi persekolahan, para guru dan AKS
akan pergi bertolak dengan menaiki sampan milik Encik David (jaga sekolah).
Perjalanan ke tempat empangan mengambil masa lebih kurang satu jam termasuk 30
minit berjalan kaki dari tebing sungai ke kawasan empangan yang terletak di
atas bukit. Setelah siap kerja
membaiki segala kerosakan, para “doktor”
ini akan berhenti berehat untuk makan sambil berkelah di kawasan air terjun
yang terletak di tengah-tengah laluan ke kawasan empangan.
Walaupun kerja-kerja membaiki paip ini meletihkan, namun
para guru dan AKS yang terlibat tidak pernah mengeluh. Sebaliknya, rasa tanggungjawab dan peluang berkelah di Telaga kumang melebihi segalanya. Sekian.
*p/s : air sumber kehidupan.