Tuesday 20 August 2013

Selamat Datang Bulan Kemerdekaan Yang ke-56


SELAMAT DATANG OGOS.

'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku' akan menjadi tema sambutan 
Hari Kemerdekaan negara yang ke-56 pada 31 Ogos tahun ini.
Tema tersebut lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.

TEMA DAN LOGO HARI KEMERDEKAAN YANG KE-56
Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.


Damai (Tanahairku Dan Dunia)
Usman Awang

Sisa hidup ini hendak kita pelihara
juga tanah, pohon dan buah-buah
juga tulang, daging dan darah
jangan suara jadi parau di musim kemarau.

Tapi tanah kami sudah kerecikan api
lama bermula, tidak hilang sampai kini
dan meski tawaran damai sudah diberi
orang masih tidak peduli!

Pohon getah dan tanah mengandung bijih
rebutan manusia daerah asing
kita gali kubur dan masuk berdiam di dalamnya!

Damai - seruan dan tawaran
damai - untuk tanahairku dan kemerdekaan
damai - untuk dunia dan kesejahteraan!

Mastika, Ogos 1955.

Monday 19 August 2013

Program Klinik UPSR peringkat sekolah 2013

Pada 11 Ogos hingga 16 Ogos 2013 telah dijalankan Program Klinik UPSR peringkat Sk Nanga Meluan, Julau. program ini melibatkan murid tahun 6 seramai 31 orang murid Sk Nanga Meluan, yang terdiri daripada 17 orang lelaki dan 14 orang perempuan.

Program ini telah diadakan di Sk Nanga Meluan, Julau, Sarawak.
Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar bagaimana untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR. Berbagai tips dan panduan untuk menjawab soalan-soalan telah disampaikan oleh fasilitator-fasilitator jemputan serta guru-guru yang terlibat kepada murid-murid tahun 6. Tips yang telah diberikan ialah untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Aktiviti-aktiviti dijalankan mengikut hari dan subjek yang telah ditetapkan mengikut jadual yang diagihkan. guru-guru subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains telah memberi komitmen  yang tinggi bagi menjayakan program ini berlangsung dengan jayanya.

Program yang diadakan selama 6 hari ini banyak membantu dan meyakinkan peserta untuk menghadapi peperiksaan yang akan diduduki pada bulan September  ini. Kita doakan semoga mereka akan mendapat kejayaan yang cemerlang dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga mereka dari putaran ganas kemiskinan apabila mereka berjaya nanti.



Foto-foto sekitar Program Klinik UPSR dijalankan:













 Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.